Khamis, 1 Januari 2009

Salina


Salina


Salina…

wanita berani di perangi keadaan yang bingit dan kejam

meneruskan sisa hidup dengan tabah

walau sumpah kekejian kau terima kau teguh

tetap teguh seperti batu di pantai di hempasi ombak ganas

mereka hanya tahu mengeji!

tapi tidak mengerti!

erti hidup dalam kegelapan yang bukan kau minta

kau sepatutnya menjadi permaisuri!

walau kisah hidupmu tidak di sedari sekian alam

atau mungkin juga kau tidak pernah wujud di bumi ini

tapi bayang-bayang kisah perit hidupmu tercoret indah dalam fikiranku

sama seperti T.pinkie...

kisah hidup wanita tertindas oleh keadaan

mangsa kejadian!

Abdul Fakar!

manusia lelaki dayus!

perompak batin zahir wanita seindah salina

celaka kau Abdul Fakar!

Salina…

mungkin orang lain mengatakan aku bodoh

bodoh menagisi manusia yang di reka manusia

biar pun tangisan air mata sederas sungai jernih

kisahmu tetap mengamitkan perasaan setiap yang mengenalimu...


Salina!

Salina!

wanita tabah menghadapi hidup yang curam

sepatutnya kau menjadi permaisuri

bukan hamba abdi!

celaka kau Abdul Fakar!

manusia pendobrok perompak wanita

manusia lelaki dayus!

apiz-rage-

17.06.07

Likas. Kota Kinabalu

Tiada ulasan: