Perang terus berlaku
Tanpa mengira masa dan waktu
Bunuh membunuh pekara biasa bagi mereka
Tanpa belas kasihan dan tanpa kasih sayang
Dimanakah peluang kedamaian?
Ke manakah hilangnya kedamaian?
Kerana tamak, nafsu tidak terbatas
Semua mahu dimiliki
Kekayaan, kemegahan dan kemasyhuran
Tapi sedarkah mereka
Penderitaan, kemusnahan dan kehancuran menanti?
Ramai yang mengharapkan kedamaian
Kedamaian yang tidak pasti
Samaada reality atau lakonan semata mata
Usaha demi usaha dilakukan
Tapi sayang kedamaian terus menjadi misteri.
Kedamaian hanya bermain di bibir semata mata
Mengaburi pandangan mata dunia
Yang kononyana baik rupanya celaka
Bagaikan syaitan bertopengkan manusia
Itukah kedamaian?
Lihatlah dunia
Kedamaian amat berharga
Yang salah boleh dibetulkan
Dengan cara rundingan tanpa sebarang kekerasan yang amat merugikan
Cintailah kedamaian dan bencilah kekerasan
Nescaya aman dunia tanpa batasan. . .
Apiz-rage-
Likas, Kota Kinabalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan