Mungkin khayalan pantas bermain Mungkin juga kenyataan pasti bermangkin Gadis bertudung itu Inginku bersuara sesuatu Tapi lidahku kelu dan beku Biarlah ia bermain dalam fikiranku….
Aku duduk termenung di tepi tingkap… bertemankan sinar matahari pagi yang indah cerah sungguh mempersona... bagai hidup ini akan terus berkekalan mungkin...
di kala angin bertiup bayu membawa pekabaran indah rama-rama hitam dan putih berterbangan bebas mengingatkan suatu persahabatan mungkin molek di hari ini mungkin juga di hari depan...
rama-rama itu sungguh indah! mempersona! melintasi desiran lalang-lalang berkeliaran berteman bebas! hilaian yang aku sendiri tak menyedarinya rama-rama itu...
aku ingin menjadi seperti rama-rama bebas kemana sahaja biar pagi malam seperti takkan berhenti!
mungkinkah awan berwarna unggu seperti fantasiku mungkin juga putih seperti pandanganku rama-rama hitam muncul sesangka diriku aku mahu itu! rama-rama itu...
tapi... kenapa kau tangkap rama-rama itu sedangkan ia bebas? sekarang tidak lagi aku melihat rama-rama hitam mungkin putih mungkin juga unggu menghadap tingkap biliku..
ia tidak lagi hidup bebas.. tak lagi berterbangan indah.. mana rama-rama seindah taman syurga hilangkah kesucian yang sememangnya terbit di mata jangan! jangan menyeksa rama-rama itu lagi! biarka ia bebas seperti angin!
aku dan rama-rama... cerita dunia sungguh mulia rama-rama…. hatiku sepertimu ingin bebas….