Jumaat, 24 Oktober 2008

Bingung


Kepala ini pusing
Memikirkan tentang wanita
Urusan dengan mereka merunsingkan
Pusing, pusing terus berpusing
Kepala ini

Hati ini bergelora
Bergoncang pantas
Seperti yang kau mau
Ujung-ujung dunia
Bergetar seluruhnya

Mata ini juling
Melihat
Mereka-mereka
Bergelak ketawa
Putus naluri
Pandangan mata ini

Mulut ini bisu
Terkelu jua terbeku
Hancur ayat-ayat disusun
Akhirnya
Tiada mengerti

Otak ini bingung
‘Gemuk ini kita’
Klausa-klausa perit
Juga ‘kawan lama!’

Diri ini buntu
Kaku
Bingung
Tanpa tersedar
Ku mau
Tapi jelek
Urusan dengan wanita bingung!

apiz-rage-
e212/kk3/um
20.10.2008

Sabtu, 18 Oktober 2008

Politikus kampus


Politik? Politikus? Polilitik?
Kedengaran suaramu terpekik terlolong
Kibaran bendera kau cuba mengindahkan suasana
Tampalan poster-poster bagaikan pertunjukan sarkas semakin tiba
Mengembangkan propaganda dengan lilitan ideology yang engkau lampirkan
Terkadang membuat aku tersenyum melihat gelagat si gergasi kampus
Di mana rakus, rapuh, tikus tapi tetap kau megahkan.

Ramai.. memang ramai yang berarak, 7 hari seminggu kau lupakan persahabatan
Perang ideology kau hamburkan, kau simbah segala kata-kata keramat
Inikan lagi psikologi kau kecengkam habis-habisan hingga semut-semut hitam itu ketakutan.

Kau menjadikan hijau sebagai nama, yang engkau pula merah kau anjurkan
Kami si semut hitam terhimpit kebiruan, ketakutan, dalam kebingunggan
Semuanya kerana politik! Politik! Politikus!
Kamu semua politikus!

Politikus-politikus kampus yang rakus kau melakarkan bulatan bagi kolonimu
Masing-masing menghempas sesama sendiri, hilang persaudaraan, di mana katamu “bersatu!”
Sedangkan kamu bertikam sesama sendiri di depan mata
Kamu seperti sengaja meletakkan telur di hujung tanduk
Tidakkah kau takut?
Aku masih kurang mengerti.. seperti sengaja kau didikan kami kepada perbalahan
Aku masih tidak pasti manakah pihak yang benar..
Aku melihat si hijau tidak lokek berteriakkan “Allahuakhbar!”
Hapuskan rahsuah katamu
Namun kau masih sanggup mengutuk saudaramu sendiri!
Di manakah perjanjian setia bai’ah kita sesama saudara?
Hilang? Atau kau sengaja menimbuskan saudara demi politikus?
Aku tidak faham dengan semua agendamu
Kenapa kau tidak menjadi contoh saudara yang baik antara kita?

Kau si merah..
Megah ingin berkuasa
Tapi ideologymu tetap sama..
Politikkus..politikus..politikus..
Kau melaungkan demokrasi tapi kau janjikan penjara hidup
Kau tunding jarimu.. bergetar seluruh semut-semut hitam tunduk denganmu
Aku juga tidak faham apa yang akan berlaku!

Aku bukan penentang juga bukan seorang pejuang
Aku Cuma ingikan kebenaran sesama saudara
Mungkin aku antara semut hitam yang bodoh
Tapi aku mahu melihat saudaraku bersatu seperti laungan “BERSATU!”
Janganla kerana agenda politik itu kau menjadi tikus yang rakus membanting sesama sendiri!
Kau, dia dan aku tetap mahasiswa di kampus
Bukan tikus-tikus yang berkeliaran di longkang di dalam kampus..


apiz-rage-
e319/kk3/um
(30.04.07)

Khamis, 16 Oktober 2008

Aku orang seni


Aku orang seni
Seluruh hidupku penuh dengan seni
Makan, pakaiku seni
Tidur, mandiku pun seni
Tapi kedua ibu bapa ku bukan orang seni
Mereka hanya tahu tentang seni
Tapi aku pula penggemar seni.

Ramai mengatakan aku gila
Memang aku gila
Aku gilakan seni
Tapi tahukah mereka tanpa seni
bercorakkah dunia? menarikkah dunia?

Segala cemuhan, kritikan dan hinaan tentang aku dan seni
Aku tidak pernah ambil peduli
Malah aku alpa kepada semua itu
Aku biarkan mereka berkata
Itu semua hak mereka!

Bagi mereka seni itu tidak berharga
Bagaikan sampah di dalam longkang
Itu hanya pada pandagan mata mereka
Itu juga tandanya mereka tidak tahu apa itu seni.

Aku tetap aku
Seni berharga bagiku
Walau apa yang akan berlaku
Aku tetap dengan pendirianku
Seni, seni, dan terus seni
Aku orang seni dan sentiasa sayang dan cintakan seni.


apiz-rage-
28.05.05
kota kinabalu

Gadis Bertudung Itu

Pancaran matahari membahangi tubuh
Aliran peluh terjurai kelemasan
Langkah longlai dengan keletihan
Lemah tidak bermaya segalanya

Sekujur tubuh melintasi pokok tanjung itu
Langkah dicorak tersusun indah
Tiupan angin menerbangkan tudung putih itu
Pasti tersentak siapa melihat

Gadis bertudung putih itu
Dianyam keayuan
Diikat kejelitaan
Amat mempersonakan
Terpegun terang bersinaran

Inginku salutkan mawar merah ditangannya
Keindahan bulan dan bintang fikirku
Tiupan bayu anggapanku
Tapi hanya ilustarasi bagiku

Gadis bertudung itu
Duduk disuatu penjuru
Jelingan mata tepat ke arahku
Menggelabah tubuhku yang kaku

Awan dilangit menghiasi hari
Terang, indah mempersona
Lalang-lalang beralun dibuai angin
Hatiku bergelora dibadai perasaan
Gadis bertudung itu…

Mungkin khayalan pantas bermain
Mungkin juga kenyataan pasti bermangkin
Gadis bertudung itu
Inginku bersuara sesuatu
Tapi lidahku kelu dan beku
Biarlah ia bermain dalam fikiranku….


apiz-rage-
12.03.07
(e319/kk3/um)

Bulan Itu Kelam

Bisikan angin malam menceritakan sesuatu
mungkin kepada awan
bintang dan langit malam..
barisan kata ini sama seperti dulu
cuba meluahkan perasaan duka
yang tak mencapai erti sesuatu untuk memiliki....

semakin awan bergerak di tiup angin
semakin begelora hati bagai ombak menghempas pantai
semakin aku mempercayai
semakin bodoh aku merasakan...

bayangan pohon tegak itu membariskan susunan cerita
tapi kenapa semuanya cerita duka?
kenapa harus ia menyakitkan?
terlalu berdosakah aku sehingga tak mampu ku miliknya?
kenapa......

kupu-kupu malam...
ingin aku menangkapnya
tapi terlalu pantas ia menghilang di balik bulan yang kelam itu
tanpa kesan atau arah
ia tetap akan hilang
terus hilang......

walau aku ikut arah denai sepi
di kelilingi lalang lesu
ditemani daunan layu
ia Cuma menusukkan jarum tajam dalam tubuhku
bagai ingin aku meronta
kalanya aku merangkak sendiri
aku bosan!

gadis bertudung itu...
dalam bulan yang kelam kau berbaju Hitam
sungguh ayu dan merdu bagaikan burung tiung bersuara
memanggil nama alam yang indah
tapi sayang ia tetap di malam bulan yang kelam.......................

-apiz-
19.09.07
e212/kk3/um

Aku dan Rama-rama



Aku duduk termenung di tepi tingkap…
bertemankan sinar matahari pagi yang indah
cerah
sungguh mempersona...
bagai hidup ini akan terus berkekalan
mungkin...

di kala angin bertiup bayu membawa pekabaran indah
rama-rama hitam dan putih berterbangan bebas
mengingatkan suatu persahabatan
mungkin molek di hari ini
mungkin juga di hari depan...

rama-rama itu sungguh indah!
mempersona!
melintasi desiran lalang-lalang
berkeliaran berteman
bebas!
hilaian yang aku sendiri tak menyedarinya
rama-rama itu...

aku ingin menjadi seperti rama-rama
bebas kemana sahaja
biar pagi
malam
seperti takkan berhenti!

mungkinkah awan berwarna unggu seperti fantasiku
mungkin juga putih seperti pandanganku
rama-rama hitam muncul sesangka diriku
aku mahu itu!
rama-rama itu...

tapi...
kenapa kau tangkap rama-rama itu sedangkan ia bebas?
sekarang tidak lagi aku melihat rama-rama hitam
mungkin putih
mungkin juga unggu
menghadap tingkap biliku..

ia tidak lagi hidup bebas..
tak lagi berterbangan indah..
mana rama-rama seindah taman syurga
hilangkah kesucian yang sememangnya terbit di mata
jangan!
jangan menyeksa rama-rama itu lagi!
biarka ia bebas seperti angin!

aku dan rama-rama...
cerita dunia sungguh mulia
rama-rama….
hatiku sepertimu
ingin bebas….


apiz-rage-
26/08/07
e212/kk3/um

Melastik Bintang

Di sini
Bulan itu terapung terang
Membiaskan cahaya
Di kegelapan malam
Menerangkan malam-malam hari

Melihat bujur-bujur bintang
Di lapangan
Indah terbayang
Romantisnya duniaku ini

Di langit pekat kehitaman
Kerlipan itu menceritakan
Pada awan
Pohonan malam
Dengan segala khayalan

Jauhnya bintang di angkasa
Kerlipannya cuba berbicara
Kata-kata cinta
Dengan mawar khayalan

Cuba juga diri ini
Menangkap bulan dan bintang
Tapi sayang jauh dari kegelapan malam
Ia Cuma bersinar indah

Dengan khayalan menikahi alam
Mendapatkan bintang
Tapi sayang tidak termampu

Biarlah diri ini di sini
Melastik bintang
Dengan perasaan
Juga ingin mengatakan
Bintang-bintang itu memang kepunyaan
Diri ini
Walau dalam khayalan

apiz-rage-
e212/kk3/um
14.10.08