Khamis, 16 Oktober 2008

Aku dan Rama-rama



Aku duduk termenung di tepi tingkap…
bertemankan sinar matahari pagi yang indah
cerah
sungguh mempersona...
bagai hidup ini akan terus berkekalan
mungkin...

di kala angin bertiup bayu membawa pekabaran indah
rama-rama hitam dan putih berterbangan bebas
mengingatkan suatu persahabatan
mungkin molek di hari ini
mungkin juga di hari depan...

rama-rama itu sungguh indah!
mempersona!
melintasi desiran lalang-lalang
berkeliaran berteman
bebas!
hilaian yang aku sendiri tak menyedarinya
rama-rama itu...

aku ingin menjadi seperti rama-rama
bebas kemana sahaja
biar pagi
malam
seperti takkan berhenti!

mungkinkah awan berwarna unggu seperti fantasiku
mungkin juga putih seperti pandanganku
rama-rama hitam muncul sesangka diriku
aku mahu itu!
rama-rama itu...

tapi...
kenapa kau tangkap rama-rama itu sedangkan ia bebas?
sekarang tidak lagi aku melihat rama-rama hitam
mungkin putih
mungkin juga unggu
menghadap tingkap biliku..

ia tidak lagi hidup bebas..
tak lagi berterbangan indah..
mana rama-rama seindah taman syurga
hilangkah kesucian yang sememangnya terbit di mata
jangan!
jangan menyeksa rama-rama itu lagi!
biarka ia bebas seperti angin!

aku dan rama-rama...
cerita dunia sungguh mulia
rama-rama….
hatiku sepertimu
ingin bebas….


apiz-rage-
26/08/07
e212/kk3/um

Tiada ulasan: