Sabtu, 14 April 2012

Boneka Parti Politik

Mahasisiwa

Kau dibentuk dengan segala yang ada

Tidak sedikit pun kau dibiarkan

Seperti jiran-jiran kita yang lain

Bergelut dengan kesusahan

Terpaksa melawan kerana kekalutan

Mahasiswa

Kita bagaikan anak kecil

Tidak menjadi sesiapa lagi

Belum masa untuk terpanggil

Kerana kau kecil

Aku takut kau mengigil!

Apa saja mahu kau tentang

Kata-katamu meluap-luap

Kadang jeritan dengan liur basi

Bila duduk di celah besi

Keadilan jua kau marahi

Mahasiswa

Ini bukan masamu

Ini bukan perjuanganmu

Percuma saja kau diperalatkan

Tidak sedikit pun kau terpampang sebagai wira

Ubahlah caramu

Ubahlah gayamu

Tanyala dirimu siapa sebenarnya kamu

Jangan setiap detik kau jadikan isu

Alpa kau selepas ini

Tunggulah masamu baru kau tunjuk belangmu

Mahasiswa

Kau sebenarnya alat mainan mereka

Diperolok-olokkan

Sangat mudah kau dicantas

Kebebasan itu bukan mutlak

Ianya ada batas sempadan

Ingatlah….


apiz-rage-

Blok 21/Pantai Permai/Kuala Lumpur

14/4/2012