Sabtu, 18 Oktober 2008

Politikus kampus


Politik? Politikus? Polilitik?
Kedengaran suaramu terpekik terlolong
Kibaran bendera kau cuba mengindahkan suasana
Tampalan poster-poster bagaikan pertunjukan sarkas semakin tiba
Mengembangkan propaganda dengan lilitan ideology yang engkau lampirkan
Terkadang membuat aku tersenyum melihat gelagat si gergasi kampus
Di mana rakus, rapuh, tikus tapi tetap kau megahkan.

Ramai.. memang ramai yang berarak, 7 hari seminggu kau lupakan persahabatan
Perang ideology kau hamburkan, kau simbah segala kata-kata keramat
Inikan lagi psikologi kau kecengkam habis-habisan hingga semut-semut hitam itu ketakutan.

Kau menjadikan hijau sebagai nama, yang engkau pula merah kau anjurkan
Kami si semut hitam terhimpit kebiruan, ketakutan, dalam kebingunggan
Semuanya kerana politik! Politik! Politikus!
Kamu semua politikus!

Politikus-politikus kampus yang rakus kau melakarkan bulatan bagi kolonimu
Masing-masing menghempas sesama sendiri, hilang persaudaraan, di mana katamu “bersatu!”
Sedangkan kamu bertikam sesama sendiri di depan mata
Kamu seperti sengaja meletakkan telur di hujung tanduk
Tidakkah kau takut?
Aku masih kurang mengerti.. seperti sengaja kau didikan kami kepada perbalahan
Aku masih tidak pasti manakah pihak yang benar..
Aku melihat si hijau tidak lokek berteriakkan “Allahuakhbar!”
Hapuskan rahsuah katamu
Namun kau masih sanggup mengutuk saudaramu sendiri!
Di manakah perjanjian setia bai’ah kita sesama saudara?
Hilang? Atau kau sengaja menimbuskan saudara demi politikus?
Aku tidak faham dengan semua agendamu
Kenapa kau tidak menjadi contoh saudara yang baik antara kita?

Kau si merah..
Megah ingin berkuasa
Tapi ideologymu tetap sama..
Politikkus..politikus..politikus..
Kau melaungkan demokrasi tapi kau janjikan penjara hidup
Kau tunding jarimu.. bergetar seluruh semut-semut hitam tunduk denganmu
Aku juga tidak faham apa yang akan berlaku!

Aku bukan penentang juga bukan seorang pejuang
Aku Cuma ingikan kebenaran sesama saudara
Mungkin aku antara semut hitam yang bodoh
Tapi aku mahu melihat saudaraku bersatu seperti laungan “BERSATU!”
Janganla kerana agenda politik itu kau menjadi tikus yang rakus membanting sesama sendiri!
Kau, dia dan aku tetap mahasiswa di kampus
Bukan tikus-tikus yang berkeliaran di longkang di dalam kampus..


apiz-rage-
e319/kk3/um
(30.04.07)

Tiada ulasan: