Ahad, 17 Julai 2011

Jiwa Kuala Lumpur Mati



Semalam detiknya getir

Seakan diambang kekalutan seluas laut

Dibanjiri petualang-petualang kuning

Mencerca makna keamanan

Meludah undang-undang

Jiwa mereka pudar

Kononnya dijolok dengan unggun api kebebasan

Yang sebenarnya menyimbah kerugian

Menyalakan kekacauan

Apa erti kebebasan jika nilainya seperti meludah kedamaian

Dimana maksud Kuasa rakyat jika hanya segelintir berpakat

Dimana unggun api BERSIH jika kekotoran jua kau berikan

Jiwa kuala Lumpur mati hari itu

Kota megah tersadai sepi bak bahtera Nabi Nuh

Tepi Kota besar lalakan si kuning mencerca

Kebebasan laungan mereka

Tapi sebenarnya mereka meludah setiap inci kedaulatan Negara!


apiz-rage-

17/07/11

(Subang Bestari, Shah Alam)




Rabu, 1 Jun 2011

Oh Chambering . . . . .

Hari ini hari pertama aku Chambering...Alhamdulilah semuanya berjalan dengan begitu lancar sekali..hehehehe...1st day kan, biasalah semua benda kena buat btol2...silap sikit mesti mau cover baik punya....hahaha

Pagi tadilah aku rasa aku bangun awal sekali sejak beberapa bulan ni..selalunya time aku bangun tadi pagi tu time2 aku baru mo masuk tidur....hehehe tadi pagi bangun jam 5.30pagi bersemangat btol mo g opis awal2..hehehe

Perjalanan dari rumah makcik aku sampai sentul mengambil masa 40minit secara kasar, kalo secara halus sampai la juga 1 jam nek moto...sakit belakang sendiri mo tau la kan kalo nek moto gitu lama...sudalah mengantuk, nasib x tertidur time bawak moto pagi2...hehehehe

Aku sampai tempat aku chambering jam 750pagi....sebab mengikut firasat aku opis buka jam 8pagi, tapi ternyata aku silap...jam 830pagi baru buka...huhu kira setengah jam la aku duduk di kedai mamak minum2 tunggu time....:)

Jam 830pagi: aku pegi la lapor diri di tingkat dua, lepas tu kak sarah (P.A Datuk Baljit) suruh aku nek tingkat 3, lepas tu dia bwak pula aku g tingkat 4, dan di sanalah tempat aku smpai hari jumaat ni (Unit S&P, P.O.S) unit sivil yang berkaitan sale and purchase, agreement, dan sewaktu dengannya....aku x brapa berminat kalo pasal sivil2 ni tapi apakn daya aku kena juga beljar benda2 ni semua...huuuuu

Jam 930pagi: Kak Ila (Conveyancing Lawyer) ne suruh aku g Bar Council g ambk cek, jadi aku pon mengikut arahan pon pegila sana...cakap punya cakap ngan org Bar tu dia cakap aku xboleh ambik cek tu sb x surat kuasa yang mengatakan aku ada otoriti tuk ambk cek tu bagi pihak kak Ila...so aku pun pulang la (tapi sebenarnya x pulang opis trus...aku g jalan2 ronda KL dlu...hahahah agak2 jam 11pagi baru aku masuk opis balik..)

Sampai ja aku d opis tu, Kak Lina (Conveyancing Lawyer) ni bagi aku fail tebal...ambik ko...hahahah dia soh aku baca kes pasal lelong tanah...aku paling x suka sekali pasal kes2 berkaitan tanah ni...susah btol! bukan setakat baca kes, aku kena btol kan agreement pasal lelong tu, baca sebijik2 kena pastikan x perkataan salah eja, nam kena btol, no.I.C lg mo cek semua bendalah aku kena cek...(sudahlah benda2 ni aku x belajar..mmg mati aku...hehehe tapi aku cakp tros terang yang aku x tau benda2 ni...nasibla kak Lina ne bagus orang dia...dia terangkan la suma...

Hari ni aku tau 3 benda baru:

1. Lelong L.A.C.A = Loan Agreement Come Assigment.
2. Lelong dari High Court.
3. Lelong dari Land Office.

memang dulu ada belaja benda ni tp sumpah sikit ja...banyak tol perbezaan semua ni, dulu aku pikir lelong ni just lelong macam dalam TV..sekali tengok, banyak tol cara lelongan..

Lepas dapat fail 1st tu (fail L.A.C.A) aku pon buat la....sudah siap dia bagi lagi 2nd fail (fail H.C pulak)....sudah siap dia bagi lg fail ketiga (fail Land Office)....aku buat la semua...da siap tiga2 dia soh pulak aku wat surat suruh Affin Bank (plaintiff) buat amendment di agreement tu sebab ada kesilapan...dala aku ne wat2 surat xpandai...hahahaha aku wat jala....

Tepat 630petang aku siap suma keja tu...KakLina soh aku pulang..Cehhhh....aku sengaja x sedar waktu pulang...konon2 rajin la..hahahaha ikut ati jam 4petang lg aku mo poulang sebab ngantuk..hehehehe....perjalanan balik rumah ambil masa 40minit...aku smpai rumah ja tros tidur...hehehe aku harap2 esok, dan hari2 seterusnya aku dapat bertahan di sana smpai la aku dapat BAR aku...:)

Khamis, 26 Mei 2011

Im Leaving UM "For Real"

Pagi ni aku bukan mo berpuisi seperti selalu, pagi ni aku rasa mcm mau menulis seperti biasa la pulak...hehehe sudah 5 tahun aku duduk bertapa d UM. sepatutnya aku sudah boleh meninggalkan UM tu tahun lepas, akan tetapi malangnya aku kerana kebodohan sendri membiarkan aku tergantung setahun penambahan di sana....tapi aku tetap pasrah mahu meneruskan perjuangan yang belum selesai "cehhh" hahahahaha....

Akhirnya CP sedia melepaskan aku setelah percubaan kali ke-2, Alhamdullilah :) petang tadi aku mendapat panggilan dari kawan baik aku si AZMIR, dia dengan nada gembira tanya no matrik aku, dia cakap result CP sudah keluar...aku terus terang cakap yang aku langsung x rasa takut bila result CP keluar sb mmg aku tgu2 result tu keluar secepat mungkin...hahaha "sungguh temberang aku nih!" bukan apa selama setahun aku duk menghafal subjek tuh...nasiblah berkat dan rezeki yang Allah S.W.T bagi sama aku sungguh mengembirakan...hehehehe

Bulan depan aku sudah mula Chambering....aku sangat2 gembira tapi rasa risau gak bila sudah mula alam pekerjaan ni...Shukor Baljit & Partners (sentul) sedia menerima aku :) yeah!!! tapi persoalannya sekarang ne adakah aku mampu bertahan untuk mendapatkan BAR aku?? aku risau jugak...tapi aku akn mencuba sehabis boleh!

Aku pegi interview di sana 1minggu sebelum aku start exam...mmg takut la masa mo g interview tu, kenapa??

1st: tapak kasut aku dua2 belah tercabut...terpaksa aku ikat dgn getah...hahahaha sb setahun aku simpan kasut tu dlm kotak!! pakai sekali hancur berderai!!

2nd: masa aku g interview ada 9org gak interview sekali...aku try tanya2 mostly dari uitm dan uia pnya student...aku sorang budak um...and sorang budak uitm ne tanya aku dari mana, aku gtau la aku dari um tros dia tekejut...hehehe dia ckp cm ne "susah betul mo cari budak um chambering d kl ni".... mesti kamu fikir statement mcm ni akn membayangkan budak um xmo chambering di firm2 KL, xpon budak um ne mmg xmo chambering kaaannnnn??? hehehe sebenarnya bukan budak um xmo chambering d KL...kamu bayangkanlah berapa banyak Firm d KL ni?? terlalu banyak!! budak um yg akan menamatkan pengajian "on time" bukanla ramai...kalo masuk 100 org satu batch,, yg grad mungkin 70 org...hahaha bukan mo ckp budak um ne BODOH...tapi kalo law um mmg susah mo mampus soalan dia...belajar satu subjek setahun baru exam...tpt len satu subjek tu pecah exam 2 sem....kalo x caya g try...hehehe lg satu ramai yg tarik diri sblum tamat pengajian....

3rd: aku mo practice area criminal law..perghhhh hahahaha.....ssh tu...

4th: masa interview tu setiap org yg g interview semua xsampi seminit!! "mcm xharapan ja mo kena panggil chambering time tu" hehehehe

Soalan2 time interview:
(a) Nama siapa?
(b) Bila result exam kuar?
(c) Asal mana?
(d) Nanti bagi result exam dengan kak sarah (P.A Datuk Baljit)

hahaha bukan aku sorang yg kena cm tu..SEMUA candidate kena..heheheh kira fair lah kan :)..

so sekarang ne aku cuma bercuti xsampai pon 2minggu...huhuhuhu selasa sudah kena balik KL, Rabu da start chambering...byk btol mo pikir... Tpt tgl lg...(mula2 ne kena tumpang rumah makcik aku d Shah Alam...bygkn Shah Alam - Sentul hari2..pergh....hahahaha

Apa2 pon aku bersyukur...sb akhirnya aku dapat gak abes dengan LLB Hons Malaya aku....tp konvo bulan 10..uih...lama lg tu...hehehehe tp xpala asalkan aku grad...abis cerita...hehehe pas ne aku kalo cukup duit mo sambung master di UK pulak...kalo ada rezeki la kn....hehehe

THANK YOU ALLAH.....:)

Selasa, 26 April 2011

Bila Bintang Jatuh



Aku merenung ke langit hitam

Dalam kegelapan malam aku mendongak

Gelap serta pudar pandanganku

Aku cuba mencari cahaya di balik awan malam

Selak apa saja yang mampu inginku

Tapi seperti tiada apa yang berlaku

Cahaya bulan pudar saja

Melangkah anak mata kesemua sudut

Tercari barangkali cahaya dalam kegelapan

Agak-agak menunggu terdada luas langit malap

Aku mahukan bintang bercahaya sekali tanpa bulan

Bulan hilang

Bintang menjelma seketika

Itu mahuku

Bila ia jatuh terus ke riba

Akanku peluk seerat mungkin

Biar berpuluh menghampiriku, menghempapku, menundukkanku

Tidak sesaat aku lepaskan ia

Iyakan saja kalau terus bersamanya

Bila kapal terbang berlalu

Aku akan berpura-pura

Kerana apa mahuku tidak sempurna

Bila bintang jatuh

Aku akan terus mendongak

Mahu tanpa cahaya bulan

Apiz-rage-

26/04/11

(A111/kk12/um)

Sabtu, 12 Februari 2011

Aku Tidak Suka



Dulu waktu aku berbicara mereka memasang telinga

Bila aku mula berkata, mereka akan mengerutkan dahi

Setelah aku bersuara mereka tergamam

Sesudah aku berhenti mereka mula berfikir

Loghatku hanya seperti biasa

Cuma sesekali kataku di lajukan dan ditekankan

Ejaanku sama saja seperti dalam buku pendidikan

Tidak aku ubah sedikit pun hukum perkataan

Aku seperti makhluk asing disini

Bila saja aku bersuara hampir semua memandangku sipi

Malah ada yang sanggup ketawa

Kerana bahasaku kononya bukan bahasa ibunda

Kecilnya hatiku bila mereka tertawa

Mulanya aku berbicara ada yang menduakan percakapanku

Sungguh jelek aku mendengar

Apa kau sangka aku badut berwarna merah putih?

Aku bukanlah pejuang bahasa

Bukan juga sasterawan Negara

Apalagi menteri berwibawa

Aku cuma insan biasa saja

Tapi aku ada hak untuk berkata

Tiada guna kau pekikkan bahasa jiwa bangsa

Kalau kau sendiri merosakkan ia!!

Bila aku bersuara

Kau kata aku bukan berbahasa Malaysia

Tapi bila kau rosakkan bahasa

Ubah hukum perkataan

Merosakkan tatabahasa

Itu kau teriakkan bahasa Malaysia?

Dari “a” kau kreatifkan jadikan “e”

Bila “e” kenapa tidak kau jadikan “a”?

Sesungguhnya bukan aku mengata apa-apa loghatmu

Aku tidak pernah ketawakan percakapanmu

Aku tidak pernah membeliakkan mata bila dengar bicaramu

Aku juga tidak pernah menduakan percakapanmu

Oleh itu:

Aku tidak suka kau ajuk bicaraku

Aku Tidak suka kau tawakan kata-kataku

Aku Tidak suka kau membeliak serta pandang sipi dengan suaraku

Aku Tidak suka kau mengata loghatku

Kerana apa yang kau perlu tahu

Aku gunapakai bahasa baku bahasa ibundaku….



Apiz-rage-

12.02.11

(A111/kk12/um)

Selasa, 8 Februari 2011

Membunuh Atas Nama…



Perhatikan aku sedalamnya

Jangan pernah lari sedikit pun pandanganmu

Jangan sesekali cuai pun mengerlipkan matamu

Kerana aku pantas membunuh


Kawallah aku seketatnya

Jangan sezarah pun aku dibiarkan

Jangan sehembus nafas pun kamu leka

Kerana aku mematikan secepat bunyian


Sedarlah kamu

Membunuh atas namaku

Kerana aku dalam sedalam anak-anakmu

Mereka akan mengkhianati kamu atas namaku


Sehebat senapang hebat lagi suaraku

Sepanas peluru panas lagi ayatku

Setajam pisau tajam lagi kataku

Sepantas siren amaran pantas lagi ideaku revolusiku


Atas nama revolusi aku membunuh

Tiada yang mampu senyapkan suara, suara yang kekurangan

Kerana revolusi matlamatku

Dan mereka membunuh atas namaku….


Apiz-rage-

08.02.11

(A111/kk12/um)

Ahad, 6 Februari 2011

Menangis Di Bulan


Duduknya diantara Barat dan Timur

Bertentangan mata

Dengan secangkir air hitam

Mata berdua berhimpun menjadi satu

Seakan berpedang mereka

Senyum itu dihirup sedalam mana cangkir dipegang

Bagi dia lelaki matahari terbit di barat

Dia perempuan pula sangka terbit di selatan

Berpedang lagi mereka

Ada yang Tanya siapa yang salah

Lantas!

Tangisan kedengaran kecil

Deruan hembusan hilang

Rasa biasa saja

Barangkali menangis sudah mereka….




Apiz-rage-

06.02.11

(A111/kk12/um)

Sabtu, 5 Februari 2011

Lidah Tsunami - Festival Seni Universiti Malaya 2010

video


Manifestsi Puisi Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya
Festival Seni 2010


Barisan Pemuisi dan pelakon:

Aku
Saadah
Firdaus
Cik Kam
Ain
Atie
Tawi

Karya:

~A. Samad Said~

Rabu, 2 Februari 2011

Perempuan Dalam Gelas



Mungkin

Aku bukan perempuan bahagia

Bukan perempuan senyum

Akan tapi biarlah aku

Menjentik waktu halus

Beredar dengan sulaman kenanganku


Aku perempuan lebih derita

Perempuan sangat terseksa

Bukan perempuan ditinggalkan

Aku perempuan tidak mengapa

Zahirnya bukan aku terbuang


Aku dengan titisan air mata

Sudah memadam marah dan amarahku

Aku maafkan kau

Bukan aku perempuan ditinggalkan

Aku maafkan kau


Seksanya aku perempuan

Deritanya nadiku perempuan

Koma jasadku perempuan

Mati akalku perempuan

Aku bukan perempuan ditinggalkan

Aku perempuan tidak mengapa

Aku maafkan kau….



apiz-rage-

02/02/11

(A111/kk12/um)