Selasa, 7 September 2010

~Puteri Kasut Sepanjang Zaman~



Siapa sebenarnya Imelda Marcos? aku tertanya-tanya tiap kali abah aku berbicara atau lebih tepat mengomel dengan aku kerana aku mempunyai hobi mengumpul kasut. Acap kali aku membeli kasut baru mesti nama IMELDA MARCOS terkeluar dari bait-bait ngomelan abah. Aku sentiasa kehairanan apabila mendengar nama tersebut. Aku sangkakan nama beliau itu seorang artis atau orang kenamaan dari Malaysia. Tapi lebih kerap lagi ramalan aku ianya seorang ARTIS wanita Malaysia dahulu kala. hahaha...sebabnya aku tidak pernah mendengar nama artis Malaysia sebegitu pada zaman-zaman sekarang ini :P.

Buat pertama kali aku lihat klip-klip video YOUTUBE.com tentang koleksi-koleksi kasut orang. Memang mengujakan diri aku melihat koleksi-koleksi kasut mereka. Ada yang sampai mempunyai bilik khas untuk kasut (itu juga impian aku). Kiranya ada yang sampai beratus pasang kasut mereka membuat koleksi. Ada seorang insan di dalam web Youtube.com mempunyai koleksi kasut yang sangat-sangat menarik hati aku. Dia mempunyai beratus pasang kasut dan mungkin mempunyai 3 bilik kasut dalam sangkaanku barangkali. Teruja! tapi sayang masih tidak dapat menandingi Imelda Marcos (kini menjadi idolaku dalam mengapai impian hobiku!).

Insan tersebut dinamakan sebagai "Franalations" jika tidak silap ejaanku. Atau jika silap sekalipun mungkin hampir-hampir ejaan sebegitu (sekali lagi barangkali!) :). Koleksi kasut model yang hampir sama, tapi warna berlainan! Jenama yang berbeza sangat-sangat memeranjatkan! Kalau dikira mungkin ribuan ringgit dihabiskan! Kalau insan yang tiada minat dengan hobi sedemikian mungkin sudah dikatakan gila, buang duit, bazir masa, dan sia-sia mengumpul kasut sebanyak itu! Tapi bagi mereka yang minatkan kasut, sayangkan kasut itu adalah kepuasan bagi mereka! (seperti aku juga~).

Imelda Marcos: Bekas wanita pertama Filipina. Suami beliau adalah bekas seorang Prisiden Filipina, dan menurut pembacaan aku suami beliau sebelum menjadi seorang presiden sudah pun dimurahkan rezeki menjadi seorang yang sangat kaya di Filipina! dan Imelda Marcos pula seorang bekas ratu cantik Manila diberikan rezeki berkahwin dengan Marcos! oleh itu tidak hairanlah beliau mampu mempunyai bilik (melebihi keluasan rumah aku) khas untuk menyimpan kasut-kasut beliau. Percaya atau tidak beliau mempunyai 12 Ribu pasang kasut pelbagai jenama. Bayangkan dalam sehari berapa puluhan kasut beliau membeli? Beliau bukanya ada kilang kasut! Beliau cuma MEMBELI atau lebih enak dipanggil memborong kasut! hahahaha....Tersangatlah hebat bagiku!

Mungkin cita-cita aku untuk memenuhi hobi aku tidaklah tercapai akal menandingi Imelda Marcos. Beliau hanyalah sumber inspirasi dalam hobiku. Aku memang sukakan kasut. Dan aku mengumpul kasut, tidaklah banyak mana tapi dalam usaha lagi. Aku juga penjual kasut. Kerja aku tiap hari bersama kasut. Bukan impian hidup menjadi penjual kasut ini cuma sementara semasa hidupku tersekat! tapi hobiku akan berterusan sampai bila pun!

"Kamu beli kasut banyak-banyak untuk apa? Mau jadi macam Imelda Marcos?"


"Iya!" jawabku...tapi saya cuma beli kasut yang berharga murah dan pelik sebagai koleksi! hehehehe....jika ada masa akan aku paparkan koleksi-koleksi kasut yang aku miliki~~~

(Koleksi kasut juga merupakan cabang kepada seni :P)

Tiada ulasan: