Jumaat, 10 September 2010

Masjid Negara @ Masjid Negara-negara?

Pagi ini, 10 Sept 2010. akhirnya niatku tercapai.
Kali pertama aku beraya di kota Kuala Lumpur. Keadaan semalamnya agak sepi dan sunyi tanpa deruman kereta yang membingitkan! Jalan raya lesu dan lengang, tapi neon oren tetap terang! Tapi malang aku tidak mendengar takbir malam semalam. Agak terkejut masjid Ar Rahman sunyi jam 1030 malam.

Pagi ini 10 Sept 2010, niat yang aku pasangkan sejak 3minggu yang lalu untuk bersolat aidilfitri di Masjid Negara nampaknya telah tercapai! Walau sedih tidak pulang beraya bersama keluarga tapi aku mampu tersenyum impianku tercapai. Tersenyum pagi indah aku hari ini. :)

Alangkah aku terkejut dan terkedu! Awal jejak kakiku melangkah ke pintu pagar Masjid Negara puluhan peminta sedekah berdudukan dan berkeliaran memohon simpati di hari raya. Pertama kali lihatku sedemikian. Hampir-hampir aku kaku tidak terkata! Dari si anak kecil sehingga ke orang dewasa! Semuanya bergelas kosong berkeliaran! Tapi lihatku bukan orang kita sebenarnya. Orang Luar. Mujur lagi sangkaanku!

Langkah kakiku menaiki tangga Masjid Negara. Ratusan manusia insan Allah S.W.T berjujuran menaiki tangga. Ku toleh kiri dan kanan, atas ke bawah. Macam bukan Malaysia! sangkaanku lagi! aku hanya tersenyum apabila menyedari. Orang kita balik kampung halaman, yang penuhkan Masjid Negara orang luar. Tersentak seketika bermacam bahasa kedengaran. Dari Indonesia (mujur rakyat Malaysia rakyat rasional tidak berdendam!), Bangladesh, Myanmar, China, India, Amerika, mungkin juga Eropah! semua ada! Bentakku: "Ini sudah jadi Masjid Negara-negara!" aku tersenyum lagi.

Ya. Aku beraya kali ini bersendirian di kota besar. Jalan yang besar aku punya. Makan bukan Ketupat atau rendang, Nasi briani kedai mamak santapan pagiku. Mama sedih dengan ketiadaanku. Tangisannya mendayu, dan aku: "Mencari pengalaman baru kataku".

Tiada ulasan: