Beberapa hari lagi akan menjelang hari raya, orang lain barangkali sudah berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Tapi aku? aku masih lagi terkurung dalam bilik asrama dengan kain pelikat hijau. Duduk menitik-nitik abjad kecil untuk berbicara. Sebenarnya aku tidak tahu mahu meluahkan, mungkin cara ini keperitan hati akan terubat sedikit, itu pun barangkali! Kalau dilihat, Kolej kediaman Ke-12 ini, sekali lagi barangkali antara beratus-ratus bilik kediaman bilik aku masih lagi cerah, terang dan bergema (lagu Balik kampung). Kalau dikira-kira dengan jari lagi 5 hari lagi Hari Raya akan tiba! terasa sedikit tersedu memikirkannya.
Bukanya aku tidak mahu pulang. Ya! aku tersangat mahukan pulang ke rumah! tapi aku mahu mencuba. Bukan mencuba beraya bersendirian, cuma aku mahukan makna berdikari dengan diri sendiri. Abah aku bukan tidak mampu membayar tambang Kapal Terbang! aku tahu walaupun aku beli tiket semahal mana pun abah akan tetap merestunya! Tapi yalah aku kesiankan abah, bukannya murah tambang balik raya! Lagipun aku tidak mahu bebankan abah! Dua orang adik aku balik kampung Tambang kapal terbang mencecah RM 2K. Tapi abah tidak kisah yang penting anak-anak abah pulang. Tapi aku tetap berkeras tidak mahu bebankan abah,. Bayangkan kalau aku pun balik? lagilah banyak duit terbuang! Bukan derhaka cuma aku sayangkan abah dengan cara ini. Tidak mahu susahkan abah! Bukan berkira wang ringgit tapi biarlah aku dengan alasanku...
Kalaulah aku sekarang ini bergelar (chambering student) sudah pasti aku pulang kampung raya tahun ini! Tapi apakan daya impian itu tergendala sebentar. Dan bergelarlah aku CSA di sebuah pusat membeli belah..hehehe...Aku kena kerja hari kawan-kawan aku bercuti. Yalah aku tidak se'Profesional' mereka lagi. Aku menjadi kuli, Tapi aku gembira walaupun sedih! dan sudah sepastinya aku berhari raya dengan kasut-kasut berwarna! hahahaha....
Lagu Sudirman "Balik Kampung" sudah berapa kali aku putarkan, berkali-kali seperti putaran musik piring hitam. Tiap bait ayat lagu itu membuat aku tersenyum walaupun aku akui aku bersedih mengenang menjelang hari mulia itu nanti! Tiap bait, susunan ayat, irama lagu ini membuatkan aku seolah-olah melalui jalan-jalan menuju ke rumah ku! Wah! kalau lah aku pulang sudah pasti tersangatlah gembira! aku rindu Mama dan Abah! adik-adik aku! Sepupu aku! Mak cik dan Pakcik aku! Nenek aku! semualah aku rindu!
Tapi apa yang terpaling pasti, aku akan beraya bersendirian di sini. Walau pun KUALA LUMPUR pasti lengang, kosong, sepi buat beberapa hari, aku akan mencuba. Dan aku pasti titisan air mata aku akan mengalir, yang aku tidak pasti sama ada ia deras atau perlahan? hehehe...barangkali?
Raya ini tiadalah istilah ketupat, rendang, serunding, ayam merah, ayam kurma, kueh raya MAMA, pelukan abah, salaman adik-beradik, ketawa sakan saudara, ciuman neneknda. Apa yang pasti, megi Sedap (aku sediakan 2bungkus besar menjelang raya takut kalau-kalau kedai makan tidak buka) hehehe...oh ya! Setin roti atau biskut buat santapan diri di pagi raya pengganti kuih muih!
Teman-teman aku yang lain pastinya bergembira bersama keluarga. Walaupun keluarga aku jauh di seberang (Bukan indonesia okey! aku Malaysia dari sabah!) aku juga mempunyai keluarga kerja peneman di hari raya. Kak Beth, Azraf, Maziah, Siti Atikah, Arif. inilah keluarga hari raya aku tahun ini. Bersama Makcik aku Mami Omos, sepupu aku Fikri, Danial, Haziq dan Syuhadah (mereka pun sama beraya di Kuala Lumpur). Aku pasti dapat makan ketupat atau nasi impit mungkin juga lemang! hahahaha....
Sebelum berakhir biarlah aku mengimbas kembali kenangan raya pertama aku yang akan kenangkan sepanjang hayatku. Tahun 2007! hah! raya tahun itu aku beraya di KLIA! hahaha siapa sangka bodohnya aku masa itu, kerana leka dan tidak Peka! aku di tinggalkan burung besi gergasi bernama MAS! pilu tidak terkata! tapi MAS bukan seekor, akhirnya aku sampai juga di kampung halaman setelah MAS 4 pagi menghantar aku kepada Abah dan Mamaku...:)
Kepada Keluargaku, Abah dan Mama anakmu ini akan merindui kamu di hari raya nanti. Walaupun jauh hati kita tetap bersama...:) Kepada Kekasihku Selamat Hari raya! Kepada Teman-temanku Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin! Kepada Semualah SELAMAT HARI RAYA!!!
Hafidz, don't you know that it's insane?
Don't you want to get out of Kuala Lumpur, out of Kuala Lumpur tonight?
Don't you want to get out of Kuala Lumpur, out of Kuala Lumpur tonight?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan