Selasa, 9 Julai 2013

Baju itu



Baju itu
Merah untukku
Ku simpan rapi
Dalam almari yang semakin sepi

Baju itu
Kembar
Satu untukku
Satu lagi untukmu
Tapi pudar
Kau simpan dalam kotak ditepi

Baju itu
Kau lilit dengan pita
Kusam
Tersepit
Kaku seperti aku

Terakhir
Baju itu
koyak
Mungkin rabak
Ia sepi
Didalam almari
Siapa tahu?


Apiz-rage-
09/07/2013

(Lintas, Kota Kinabalu)

Selasa, 2 Julai 2013

Pelangi Senja


Hari ini
Aku harungi bagaikan tanpa hari esok
Masih lagi terpaku
Terduduk kaku
Menunggu pelangi senja tiba

Ku minitik langit petang
Mengira awan
Membilang udara
Menunggu untuk terjaga
Dari mimpi yang lena

Sama seperti semalam
Masih menunggu
Kembali
Walau tahu ia takkan terjadi
Seperti selalu
Sebelum berlaku

Pelangi senja
Jangan tertawa
Disaat aku tersungkur
Bersendiri
Bersedih
Titik!


Apiz-rage-
02/07/2013

(Lintas, Kota Kinabalu)

Sabtu, 22 Jun 2013

Bercerita dengan Bulan


Sepanjang perjalanan
Aku masih teringat
Dengan kata-kata
Kau yang akan mengiringi aku ke bintang
Walau kita sering bermimpi ke bulan

Dunia kita sudah gelap
Sisipan angin membawa cerita ku ke angkasa
Cuba menyusun bait sebelum sampai ke bulan
Agar bintang berkerlipan memahami
Perjalanan kita yang sudah pasti kusam

Hari ini
Biarlah aku seorang bercerita dengan bulan
Tidak seperti selalu dahulu
Kau disebelahku
Duduk mendongak ke langit
Berbual mesra
Bercerita dengan bulan yang pasti terang….



Apiz-rage-
22/06/2013
(Lintas, Kota Kinabalu)





Khamis, 23 Mei 2013

Langit Petang


Langit Petang
Dulunya disinari dengan keriangan
Bibit-bibit kebahagian
Terpancar seiring cahaya petang
                      
Di tepian
Terukir senyuman
Keriangan tanpa batas
Menjanjikan suatu perhubungan

Dikala sinaran petang
Berlari mereka berdua di kaki langit
Tanpa noktah
Menamatkan semuanya

Semakin lama
Langit petang menjadi suram
Segala janji yang terpahat di pohon rendang
Terpadam
Tidak langsung dikenang

Dulu kita berkejaran di kaki langit
Sekarang Kau berlari untuk orang lain
Kini aku duduk sendirian
Keseorangan
Menanti langit petang…



Apiz-rage-
23.05.2013
(Lintas/Kota Kinabalu)

Selasa, 21 Mei 2013

1000 Puisi Mimpi


Terlanjur malam meninggalkan siang
Bagaiku ungkapkan rasa cintaku padamu
Walau dinihari dihiasi hujan
Perihal pelangi mudah terpancar
Begitu juga rasa cinta dan sayangku padamu
Tidak mungkin untuk sesiapa,

Bukan seniman diriku untuk dijaja
Bukan puitis buatku merangkak merayu
Bagi menjanjikan 1000 puisi indah buatmu

Dalam mimpi
Hanya kau satu dalam seribu
Satu persatu puisi ku karang untukmu
Dan ini adalah terakhir untukmu,

Langit tidak selalunya cerah
Pagi tidak akan berpanjangan
Malam pula tentu bersifat sementara
Cinta manusia pasti akan berubah
Namamu tidak akan aku lupa….




Apiz-rage-
21/05/2013
(Lintas, Kota Kinabalu)



Selasa, 26 Februari 2013

Penangan 302








Sisipan angin
Menghembus lembut di balik tirai besi
Menyisip penyesalan
Yang semakin menghampiri

Dulu dia sebebas burung terbang
Tapi sayang
Tidak pernah berakal
Sebab nafsu berleluasa
Fikiran penuh tapi hampas pun tiada

Si jubah hitam duduk tinggi di atas
Tukul kayu itu dihentakkan
Bagai jatuh gugur jantung menerima
Lutut bergegar semakin rapuh
Tangisan syahdu tiada siapa tahu

Walau melutut merayu
Walau menangis hingga bisu
Tiada siapa yang mampu
Menghalang penangan lalu

Tiba masa
Terpaksa akur
Tasbih digengam
Tanda ampun

Tapi,

Kematian
Semakin memanggil datang
Kehidupan semakin menghalau pergi
Sesalan tidak bermakna lagi
Kerana penangan 302 semakin menghampiri


Apiz-rage-
26/02/2013
(Lintas, Kota Kinabalu)

Sabtu, 23 Februari 2013

A-E-I-O-U



A E I O U
Aku merasakan sesuatu
Walaupun ia hilang sekelip mata
Di jujuran asing
Seperti aku terkurung
Semakin murung
Tersebunyi dibawah tempurung

Silang kata
Biar kau teka
Tidak kau fahami
Apa jua yang aku bilang
Kata-kata… ya cuma kata-kata

A E I O U
Rasa aku untuk kamu
Salah itu adalah aku
Kata mereka itu adalah kamu
Hilang rasa kita semakin rapuh

Bentak
A E I O U
Ini untuk kamu
Prosa resah buat kamu
Hindari kamu matlamat aku!

Tuhan
Apa itu A E I O U
Tolong buangkan rasa rindu
Tolong jauhkan rasa cinta
Kerana itu tidak lagi bermakna

Apa yang ku tahu
A E I O U
Sebutan dariku
Untuk kamu
Selamat tinggal nostalgia lalu


Apiz-rage-
23/02/2013
Kg. Likas/Kota Kinabalu

Jumaat, 22 Februari 2013

Gadis Bertudung Itu (2013)



Sisipan angin syahdu
Mendesir lilitan tudung
Meleturkan gerak
Memikat minat
Siapa saja yang melihat

Gadis bertudung itu
Inspirasi karya agung
Bait-bait merdu
Terukir setara

Tanganku ingin memahat awan
Membariskan ayat
Membentuk frasa
Untuknya – kerna dia Pujaan Malaya

Senyumannya
Membuatkan ku terjatuh ranap
Di alam khayalan
Lantas membentuk prosa indah
Tersenyum sendirian

Gadis bertudung itu
Fantasi bentakku
Realiti lihatku
Kau pujaanku

Dia
Bagaikan lirik lagu yang indah
Menyelinap diruang tersorok
Membunyikan laungan syahdu
Tanpa disedari
Dia menjadi Pencuri Hati semua

Gadis bertudung itu
Namamu seakan terlakar dibintang
Berkilau megah
Menyerikan sesiapa saja
Dengan prosa dan frasa karyanya (kakAdzrinAdzhar)



Apiz-rage-
31/01/2013
Lintas, Kota Kinabalu

Rabu, 2 Januari 2013

Mati





Aku
Barangkali sudah terduduk terpaku
Tidak mampu bangkit berdiri
Patah di semua sisi
Hanya tunggu mati

Aku
barangkali suda terdampar lesu
Tidak mampu mendongak ke langit
Koyak di setiap sudut
Hanya tunggu mati

Aku
Mungkin juga suda terbiar pasti
Tidak mampu tersenyum
Parah diseluruh hati
Hanya tunggu dipanggil mati

Aku
Mungkin sudah terkapar pergi
Jauh dari sudut naluri
Punah dari otak ke hati
Aku perlu mati

Kau
Sudah tentu tersenyum
Mampu tergelak pasti
Gembira di semua sisi
Tidak perlu risau akan mati

Apiz-rage-
02.01/2013
(kkngui-lintas)