A E I O U
Aku merasakan sesuatu
Walaupun ia hilang sekelip mata
Di jujuran asing
Seperti aku terkurung
Semakin murung
Tersebunyi dibawah tempurung
Silang kata
Biar kau teka
Tidak kau fahami
Apa jua yang aku bilang
Kata-kata… ya cuma kata-kata
A E I O U
Rasa aku untuk kamu
Salah itu adalah aku
Kata mereka itu adalah kamu
Hilang rasa kita semakin rapuh
Bentak
A E I O U
Ini untuk kamu
Prosa resah buat kamu
Hindari kamu matlamat aku!
Tuhan
Apa itu A E I O U
Tolong buangkan rasa rindu
Tolong jauhkan rasa cinta
Kerana itu tidak lagi bermakna
Apa yang ku tahu
A E I O U
Sebutan dariku
Untuk kamu
Selamat tinggal nostalgia lalu
Apiz-rage-
23/02/2013
Kg. Likas/Kota Kinabalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan