Jumaat, 22 Februari 2013

Gadis Bertudung Itu (2013)



Sisipan angin syahdu
Mendesir lilitan tudung
Meleturkan gerak
Memikat minat
Siapa saja yang melihat

Gadis bertudung itu
Inspirasi karya agung
Bait-bait merdu
Terukir setara

Tanganku ingin memahat awan
Membariskan ayat
Membentuk frasa
Untuknya – kerna dia Pujaan Malaya

Senyumannya
Membuatkan ku terjatuh ranap
Di alam khayalan
Lantas membentuk prosa indah
Tersenyum sendirian

Gadis bertudung itu
Fantasi bentakku
Realiti lihatku
Kau pujaanku

Dia
Bagaikan lirik lagu yang indah
Menyelinap diruang tersorok
Membunyikan laungan syahdu
Tanpa disedari
Dia menjadi Pencuri Hati semua

Gadis bertudung itu
Namamu seakan terlakar dibintang
Berkilau megah
Menyerikan sesiapa saja
Dengan prosa dan frasa karyanya (kakAdzrinAdzhar)



Apiz-rage-
31/01/2013
Lintas, Kota Kinabalu

Tiada ulasan: