Mungkin hari-hari akan berlalu pergi
Mentari timbul tengelam
Bulan menjelma kalanya hilang
Angin berlalu saja pergi
Seakan-akan hari ini
Perasaan sukar untuk berkata
Fikiran kian saja terangkat tinggi
Bila terus mengulangi gambaran dia
Satu persatu ayat cuba ditolak
Tertolak kembali
Tanpa apa-apa
Terlalu sukar untuk ku bayangkan
Dalam dilemma sekurun lamanya
Mungkin aku pasti
Atau mungkin tidak
Tapi
Teruskan saja usahanya
Walau apa pun jawabnya
Bukan ladang gandum aku janjikan
Bukan ladang tebu yang aku uar-uarkan
Tapi kasih ini cuba ku kotakan
Walau suda berkali bermain di fikiran
Puisi ini buat dia
Kerana sudah lama ku simpan untuk ku keluarkan
Biar apa saja mendatang-datang
Akan ku simpan setiap ayat disusun setara….
apiz-rage-
05/08/09
(e212/kk3/um)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan