Selasa, 4 Ogos 2009

Keliru

Kehidupan hari-hari bagai pementasan drama
Lingkaran hidup
Tanpa suatu pun had masa
Mencerca-cerca diri siapa

Di bumi permata jangkauan indah
Sisik-sisik bangsa
Bermegah-megah
Tercungap jua ia

Caci
Gadoh
Bodoh
Keliru
Bangsa siapa bangsa

Siapa bilang ini untuk satu saja
Siapa tengking aku itu aku tiada sesiapa
Aku, kau sama tiada beza
Negara ini bangsa Malaysia yang punya!

Mungkin politiking Cuma
Tengking, baling, ah!
Semua bodoh-bodoh saja ya!
Kenapa? oh kenapa?

Semakin hari semakin terserlah
Siapa Tersepit
Siapa yang terhimpit
Kacau bilau nampaknya
Aduh!
Bertapa Sakitnya…

Bilang meraka tolong bangsa
Apa?
Mana?
Benarkah?
Yang tau-tau saja Bangsa sendiri makan bangsa
Negara sendiri pun jadi papa kedana

Perangkap?
Jerut?
Memang semuanya sama
Tanpa apa-apa
Persoalan…
Siapa kita
Untuk apa?
Juga bagaimana?
Melayu?
Cina?
India?
Ya-ya…mungkin bumiputera…

Gadoh

Ini Negara
Siapa yang punya?

Gelap
Kamar hitam
Terang
Bilik cerah
Bangsa kita!!
Tau-tau Begitulah!!

Gadoh
Keliru

Corak muda anak Malaysia
Bangsa apa di puncak dunia?
Dari mana asal ia?

Ini bukan aku punya
Bukan juga Kau yang punya
Milik siapa sebenarnya?

Jerami kecil mencantum muka
Pantas terjahit anak mata
Bangsa kebanggaan
Bangsa kesedaran
Bangsa Malaysia

Aku hidup dalam agama
Aku hidup bukan sendiri
Aku hidup untuk bahagia
Aku hidup sebagai rakyat satu Malaysia…

apiz-rage-
04/08/09
(e212/kk3/um)

Tiada ulasan: