Ahad, 9 Ogos 2009

Meniti Kasih Di Rumah Kampung

Saban hari si ibu menunggu anak-anaknya
Menanti di tepi tingkap
Berdiri di hadapan pintu
Kadang sepasti mungkin tersungkur lesu

Tatkala anak sudah berjaya
Mengapai-gapai bintang di angkasa
Berkasihkan isteri/suami kononnya bahagia
Terbiar pula kasih ibu yang semakin menderita

Walhal dulunya
Anak itu kecil tiada apa-apa
Sewaktu ayah sudah tertanam jasadnya
Si ibu itulah menjadi segalanya

Siapa sebenarnya manusia
Kalau-kalau ibu sendiri tiada dihirau
Jangankan menjenguk setahun dua
Gangang telefon haram bagi anaknya

Ibu semakin hari semakin pudar
Terhiris hati rindu
Terbelah jiwa kecewa
Anak…anak…anakku
Sanggup kau biarkan ibumu
Terlentang lesu meniti kasih di rumah itu…


apiz-rage-
09/08/09
(e212/kk3/um)

Tiada ulasan: