Isnin, 17 November 2008

Malam Ini Di Kuala Lumpur


Malam Ini Di Kuala Lumpur

Malam
Sungguh dingin dengan angin
Sungguh terang dengan cahaya neon
Oren juga putih
Awan
Kehitaman saja

Di Kuala Lumpur
Malamku
Bersama
Dua lagi temanku
Berputar
Mencari kelainan
Bagi perenung
Sosial

Malamku
Dihiasi cerita-cerita baru
Modal kisah kepada keluarga
Di kampung
Ceritaku ini

Di Dataran Merdeka
Duduk melihat
Anak-anak muda mudi
Melabuh punggung
Tanpa arah

Di hujung ke hujung
Motor kecil
Kereta kerdil
Menjerit menyanyi
Ah! biasalah anak muda
Laginya malam minggu
Syurga!

Di bukit bintang
Orang asing
Ketawa melihat anak melayu
Jatuh tertiarap
Terkena angin barat
Sendat, ketat, koyak
Baju-baju anak melayu
Lelaki Perempuan
Ah sama saja bilangku

Kuala Lumpur
Malam ini seperti selalu
Ada saja angin barat bertiup
Kalah semua manusia yang hadir
Di tengah-tengah kota

Sedikit lagi langkah
Sepanjang jalan TAR
Aku melihat
Raja kota
Terlentang lena
Depan-depan kedai

Oh ya
Sepanjang kelab kota
Di hiasi bidadari neraka
Berjoget
Muzik
Berdentum
Dum, dum, Dub, dub, dub
Tapi
Ada juga yang terbaring
Terlentang dengan tin kosong
Duit…duit…duit….

Sepanjang malam
Kuala Lumpur kota metropolitan
Kota di mana siapa saja yang punya
Seperti selalu
Macam itu juga kisahnya
Malam ini di Kuala Lumpur
Tidak mati tidak tidur
Itulah Kuala Lumpur


apiz-rage-
16.11.08
e212/kk3/um