Bahasa
Kadang hati kecil ini terkilan
Bahasa Ibundaku kian teramcam
Di pusing-pusing
Hinggkan terputar belitan
Rosak segalanya
Kononnya mahukan keistimewaan
Habis Bahasa itu diperanak tirikan
Di mansuhkan
Orang kata
Malu mereka berbahasa
Tidak mereka sedar
Perkara152 itu mereka ancami
Dengan Pemikiran
Kemegahan
Menghancurkan bahasa sendiri
Apalah nasib bahasaku ini?
Salahkah disatukan cara itu?
Dosakah kita berbahasa
Kerana orang itu saja sudah tidak laku
Nyahhabis bahasa ibundaku
Kenapa mesti
Diumbang ambingkan percakapan
Sedangkan ia rasmi
Bukan susah
Berbaku sahaja
Takut?
Digelak?
Bukan….
Jangan lupa
Negara itu maju kerana bahasa juga
Dipermain-mainkan
Dilontar-balingkan
Bergegar sia-sia saja
Malam ini jadinya siang
Siangnya kini jadinya malam
Janganlah kita abaikan
Satu laras satu perjuangan!
Bahasa
Bukan saja untuk aku
Tapi untuk kita
Majulah bahasa
Jiwa Negara
Bahasa Melayu Untuk semua rakyat
apiz-rage-
17.11.08
e212/kk3/um
Tiada ulasan:
Catat Ulasan