Khamis, 6 November 2008

Bukan Budaya Kita.


Bukan budaya kita
Berdiri di atas jalan berteriakan
Bergema suara nyaring bagai meniup gempita
Riuh rendah hilai suara sumbang
Herdiknya akal kian tumbang
Yang cerdik nilainya hilang
Yang bodoh semakin berkurap cerah seperti bintang

Berarak panjang di atas jalan
Menjadi boneka kuasa hasutan
Anak kecil tidak lari dibodohkan
Semakin berani menjadi syaitan

Hebatnya manusia ciptaan tuhan
Tapi sayang senang dipergunakan
Akal hilang
Maruah tergadai
Kononnya perwira elakan penindasan
Tapi sebenarnya pemusnah keadaan

Kau mahukan keadilan
Mahukan kesempurnaan
Perlukan kesetiaan
Bila aman
Kau pula merosakkan!

Inikan tanah tumpah darah kita
Tempat benih ditanam cinta
Negara kita
Sanggup kau lakukan laknat kepadanya
Kau bukan seorang pencinta!

Demokrasi tidak bererti demonstrasi
Itu hanya meranapkan ekonomi
Musnahkan diri
Mencacatkan generasi
Ia tidak laku di sini!

Demonstrasi bermodalkan demokrasi
Menyiat-nyiatkan seluruh isi dalam negeri
Yang tidak hitam kau hitamkan
Seperti tidak mengenal erti sebenar cinta
Angkuh berkata angin itu benar belaka
Berani berarak dengan kerbau tak berkepala
Ini bukan budaya kita rakyat Malaysia!..

apiz-rage-
19.12.07
Kota Kinabalu

Tiada ulasan: