Sisipan angin
Menghembus lembut di balik tirai besi
Menyisip penyesalan
Yang semakin menghampiri
Dulu dia sebebas burung terbang
Tapi sayang
Tidak pernah berakal
Sebab nafsu berleluasa
Fikiran penuh tapi hampas pun tiada
Si jubah hitam duduk tinggi di atas
Tukul kayu itu dihentakkan
Bagai jatuh gugur jantung menerima
Lutut bergegar semakin rapuh
Tangisan syahdu tiada siapa tahu
Walau melutut merayu
Walau menangis hingga bisu
Tiada siapa yang mampu
Menghalang penangan lalu
Tiba masa
Terpaksa akur
Tasbih digengam
Tanda ampun
Tapi,
Kematian
Semakin memanggil datang
Kehidupan semakin menghalau pergi
Sesalan tidak bermakna lagi
Kerana penangan 302 semakin menghampiri
Apiz-rage-
26/02/2013
(Lintas, Kota Kinabalu)