Jumaat, 26 Disember 2008
Kota Kinabalu-Kuala Lumpur
Kota Kinabalu – Kuala Lumpur
Harapan menjadi impian
Hadirnya aku di bumi ini bagaikan satu kelahiran
Kadang terpingga, kadang teruja
Kocakan perasaanku semakin terulit garang
Kerasnya susah dilembutkan bidai-bidai.
Kilauan cahaya mentol di malam hari membingit suasana
Kehangatan membakari tubuh di siangnya kepulan debu terbang tanpa arah
Kejutan bagiku!
Kereta, motosikal bagaikan semut dalam koloninya
Kepantasan membingitkan
Kelambatan yang menduga
Juga kejutan bagiku!
Aku tau aku punya misi di bumi ini
Aku tau aku akan serasi dengannya
Dan tentu akan menyukai serta sayang padanya
Ini kejutan juga kejayaan.
Dari Kota Kinabalu – Kuala Lumpur
Indah seindahnya sukar dikata-kata
Di sinilah pemula untuk berjuang
Di sinilah pengalaman baru bakal dicoret, dicalit kala diconteng jua
Segalanya di sini akan menunggu pasti.
apiz-rage-
22.07.06
(e319/kk3/um)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
johor bila bha?? hehehe...
kelmarin dlu bha.. muhahahaha
Catat Ulasan