Isnin, 29 Disember 2008

Journal Seorang Juris



Journal Seorang Juris

Duduknya
Melihat-lihat runcingnya manusia
Fikirannya
Berlegar-legar mencapai kesudahan
Yang tak pernah mungkin selesai

Tulisnya
Satu, dua, teori tentang-tentang
Manusia bersama kawalannya
Untuk mereka yang buas
Kejam sebabkan hiba

Pemikiran yang natural
Semulajadi dari Tuhan
Moral bibitnya
Hukuman sepastinya

Suatu sistem kawalan
Teori percubaan
Dari zaman Greek dan Rom
Cetus bibit menghalang manusia buas
Merangkaklah mereka

Natural bersifat sejagat
Dari kuasa suci
Meneka-neka perbuatan
Mengatur perubahan

Seorang juris lagi berkata
Tiba sudah masanya
Aliran Positivis berjalan
Kawalan itu bukan dari Tuhan
Kawalan buatan manusia untuk manusia

Positivis lagi berteriakan
Aturan sosiologi kita masukkan
Neo-Positivis kenalanya
Tanpa moral boleh saja
Jadi kawalan buat manusia

Seorang lagi juris kebinggungan
Akal, alam semesta, Tuhan
Mana satu pembuka bicara
Arena Juris untuk pengetahuan
Teori-teori semakin berlambakan

Siapa yang tahu
Kajian tentang-tentang manusia sajalah jawapan….

apiz-rage-
28/12/08
Likas, Kota Kinabalu

Jumaat, 26 Disember 2008

Cinta



Cinta

cinta….
sejauh mana cintaku padaMu..
Sejak aku menghirup nafasku di dunia aku tersedia untukMu
tangisanku seolah menyebut kebesaranMu ya Tuhanku
titisan air mataku mencurah menangisi kelahiranku
aku manusia yang takut akan keazabanMu ya Allah
aku tidak mungkin menjadi sesempurna yang sendiri aku tak pernah terfikirkan
aku hambamu yang lemah!
lemah selemah lalang yang halus tanpa arah!
cintaku kepadaMu lebih dari yang mereka sangkakan
mungkin aku sejahil yang mereka katakan
tapi mereka tidak tahu hatiku terlalu cintakanMu
aku tahu aku bukan sebaik Nabi dan RasulMu
aku insan yang lemah perlukan bimbingan bukan cacian juga sempah seranah
aku hamba Allah yang hina pastinya yang lemah!
mudah untuk manusia sepertiku mengungkapkan kata Cinta
cinta dunia
cinta dunia
cinta dunia
tapi cinta Tuhanmu?
ya Allah ya Tuhanku
aku tidak mahu menjadi seperti abu jahal
aku tak mahu menjadi insan yang kerugian
bukan rugikan wang harta semata
tapi aku takut kerugian balasan Cinta akhirat
azabMu!
seksaanMu!
aku Takut!
Cinta memangnya indah
lebih indah mempersona Cinta padaMu
lebih bersinar walau dalam gelap
lebih cerah dari matahari membahang hariku
aku cinta padaMu ya tuhanku!

apiz-rage-
23.08.07
e212/kk3/um

Kota Kinabalu-Kuala Lumpur



Kota Kinabalu – Kuala Lumpur


Harapan menjadi impian
Hadirnya aku di bumi ini bagaikan satu kelahiran
Kadang terpingga, kadang teruja
Kocakan perasaanku semakin terulit garang
Kerasnya susah dilembutkan bidai-bidai.
Kilauan cahaya mentol di malam hari membingit suasana
Kehangatan membakari tubuh di siangnya kepulan debu terbang tanpa arah
Kejutan bagiku!
Kereta, motosikal bagaikan semut dalam koloninya
Kepantasan membingitkan
Kelambatan yang menduga
Juga kejutan bagiku!
Aku tau aku punya misi di bumi ini
Aku tau aku akan serasi dengannya
Dan tentu akan menyukai serta sayang padanya
Ini kejutan juga kejayaan.
Dari Kota Kinabalu – Kuala Lumpur
Indah seindahnya sukar dikata-kata
Di sinilah pemula untuk berjuang
Di sinilah pengalaman baru bakal dicoret, dicalit kala diconteng jua
Segalanya di sini akan menunggu pasti.

apiz-rage-
22.07.06
(e319/kk3/um)

Hujan

Hujan

Titisan air sejuk dari langit
Membasahi bumi yang pekit
Hilang segala debu halus
Menyuburi tumbuhan hijau
Memalapkan petang yang terang

Angin bertiup bayu
mengegarkan daun-daun kecil
Menyekat bahangan panas yang memuncak
Menyegarkan badan yang lemas

Duduk ditepi tingkap
Memandang ke luar
Indahnya alam ciptaan Allah
Agungnya seni yang tak ternilai harganya

Titisan itu rahmat dari Nya
Segal puji aku syukurkan pada Nya
Mengagum ciptaan halus
Yang tak mungkin manusia sempurna lakukannya

Semakin lama semakin merdu
Alunan titisan hujan di petang yang beku
Dengan disinari lampu neon oren
Menerangi petang dipenuhi kabus
Biar halus
Tapi nampaknya terbeku

Ingin aku duduk di padang yang luas
Mendonggak ke langit
Membiarkan diri dibasahi hujan
Dengan tenang
Akanku laungkan Allahuakbar
Allah itu maha besar
Dengan ciptaan yang tiada tandinganya

Akanku biarkan diriku tersenyum
melihat titisan hujan
diluar tingkap
Membasahi alam
Dengan perasaan kagumku terhadap Nya
Subahannallah….


apiz-rage-
e212/kk3/um
08.03.08