Selasa, 8 Februari 2011

Membunuh Atas Nama…



Perhatikan aku sedalamnya

Jangan pernah lari sedikit pun pandanganmu

Jangan sesekali cuai pun mengerlipkan matamu

Kerana aku pantas membunuh


Kawallah aku seketatnya

Jangan sezarah pun aku dibiarkan

Jangan sehembus nafas pun kamu leka

Kerana aku mematikan secepat bunyian


Sedarlah kamu

Membunuh atas namaku

Kerana aku dalam sedalam anak-anakmu

Mereka akan mengkhianati kamu atas namaku


Sehebat senapang hebat lagi suaraku

Sepanas peluru panas lagi ayatku

Setajam pisau tajam lagi kataku

Sepantas siren amaran pantas lagi ideaku revolusiku


Atas nama revolusi aku membunuh

Tiada yang mampu senyapkan suara, suara yang kekurangan

Kerana revolusi matlamatku

Dan mereka membunuh atas namaku….


Apiz-rage-

08.02.11

(A111/kk12/um)

Tiada ulasan: