Sabtu, 12 Februari 2011

Aku Tidak Suka



Dulu waktu aku berbicara mereka memasang telinga

Bila aku mula berkata, mereka akan mengerutkan dahi

Setelah aku bersuara mereka tergamam

Sesudah aku berhenti mereka mula berfikir

Loghatku hanya seperti biasa

Cuma sesekali kataku di lajukan dan ditekankan

Ejaanku sama saja seperti dalam buku pendidikan

Tidak aku ubah sedikit pun hukum perkataan

Aku seperti makhluk asing disini

Bila saja aku bersuara hampir semua memandangku sipi

Malah ada yang sanggup ketawa

Kerana bahasaku kononya bukan bahasa ibunda

Kecilnya hatiku bila mereka tertawa

Mulanya aku berbicara ada yang menduakan percakapanku

Sungguh jelek aku mendengar

Apa kau sangka aku badut berwarna merah putih?

Aku bukanlah pejuang bahasa

Bukan juga sasterawan Negara

Apalagi menteri berwibawa

Aku cuma insan biasa saja

Tapi aku ada hak untuk berkata

Tiada guna kau pekikkan bahasa jiwa bangsa

Kalau kau sendiri merosakkan ia!!

Bila aku bersuara

Kau kata aku bukan berbahasa Malaysia

Tapi bila kau rosakkan bahasa

Ubah hukum perkataan

Merosakkan tatabahasa

Itu kau teriakkan bahasa Malaysia?

Dari “a” kau kreatifkan jadikan “e”

Bila “e” kenapa tidak kau jadikan “a”?

Sesungguhnya bukan aku mengata apa-apa loghatmu

Aku tidak pernah ketawakan percakapanmu

Aku tidak pernah membeliakkan mata bila dengar bicaramu

Aku juga tidak pernah menduakan percakapanmu

Oleh itu:

Aku tidak suka kau ajuk bicaraku

Aku Tidak suka kau tawakan kata-kataku

Aku Tidak suka kau membeliak serta pandang sipi dengan suaraku

Aku Tidak suka kau mengata loghatku

Kerana apa yang kau perlu tahu

Aku gunapakai bahasa baku bahasa ibundaku….



Apiz-rage-

12.02.11

(A111/kk12/um)

Selasa, 8 Februari 2011

Membunuh Atas Nama…



Perhatikan aku sedalamnya

Jangan pernah lari sedikit pun pandanganmu

Jangan sesekali cuai pun mengerlipkan matamu

Kerana aku pantas membunuh


Kawallah aku seketatnya

Jangan sezarah pun aku dibiarkan

Jangan sehembus nafas pun kamu leka

Kerana aku mematikan secepat bunyian


Sedarlah kamu

Membunuh atas namaku

Kerana aku dalam sedalam anak-anakmu

Mereka akan mengkhianati kamu atas namaku


Sehebat senapang hebat lagi suaraku

Sepanas peluru panas lagi ayatku

Setajam pisau tajam lagi kataku

Sepantas siren amaran pantas lagi ideaku revolusiku


Atas nama revolusi aku membunuh

Tiada yang mampu senyapkan suara, suara yang kekurangan

Kerana revolusi matlamatku

Dan mereka membunuh atas namaku….


Apiz-rage-

08.02.11

(A111/kk12/um)

Ahad, 6 Februari 2011

Menangis Di Bulan


Duduknya diantara Barat dan Timur

Bertentangan mata

Dengan secangkir air hitam

Mata berdua berhimpun menjadi satu

Seakan berpedang mereka

Senyum itu dihirup sedalam mana cangkir dipegang

Bagi dia lelaki matahari terbit di barat

Dia perempuan pula sangka terbit di selatan

Berpedang lagi mereka

Ada yang Tanya siapa yang salah

Lantas!

Tangisan kedengaran kecil

Deruan hembusan hilang

Rasa biasa saja

Barangkali menangis sudah mereka….




Apiz-rage-

06.02.11

(A111/kk12/um)

Sabtu, 5 Februari 2011

Lidah Tsunami - Festival Seni Universiti Malaya 2010




Manifestsi Puisi Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya
Festival Seni 2010


Barisan Pemuisi dan pelakon:

Aku
Saadah
Firdaus
Cik Kam
Ain
Atie
Tawi

Karya:

~A. Samad Said~

Rabu, 2 Februari 2011

Perempuan Dalam Gelas



Mungkin

Aku bukan perempuan bahagia

Bukan perempuan senyum

Akan tapi biarlah aku

Menjentik waktu halus

Beredar dengan sulaman kenanganku


Aku perempuan lebih derita

Perempuan sangat terseksa

Bukan perempuan ditinggalkan

Aku perempuan tidak mengapa

Zahirnya bukan aku terbuang


Aku dengan titisan air mata

Sudah memadam marah dan amarahku

Aku maafkan kau

Bukan aku perempuan ditinggalkan

Aku maafkan kau


Seksanya aku perempuan

Deritanya nadiku perempuan

Koma jasadku perempuan

Mati akalku perempuan

Aku bukan perempuan ditinggalkan

Aku perempuan tidak mengapa

Aku maafkan kau….



apiz-rage-

02/02/11

(A111/kk12/um)