Hari-hari sudah aku melalui dari pelbagai onar yang aku tempuhi sebagai seorang pelajar.
Kiranya Esok adalah penentu aku sebagai seorang Graduan yang telah selama 4 tahun berjuang (kononnya) daripada seratus lebih rakan-rakanku yang "se-Batch" denganku 06/07 hanya tinggal beberapa puluhan saja yang terus berjuang...Aku bukannya sehebat apa yang disangka, cuma nasibku mungkin baik dari mereka yang menyerah. Saban hari sebelum aku mencapai ke tahap ini aku selalu berkira-kira jikanya aku layak berdiri sebagai seorang mahasiswa apatah lagi di Fakultiku yang terlalu indah ini. Ya mungkin ramai saja yang lebih layak berbanding diriku, tapi rezeki Allah s.w.t tiada siapa yang tahu. Aku mungkin sekali lagi bernasib baik dalam hal ini (tersenyum sendirian).
Selama 4 tahun aku di Universiti Malaya terutama lagi di kolej kediaman ketiga. Bnyak menyimpan memori indah dan ada kalanya juga terduga. Yalah, kehidupan tanpa selingan keluarga yang jauh dipisahkan lautan luas (berpuluh ribu KM anggaranku). Aku menumpuhi dengan apa yang ku mampu. Ada kalanya aku terjatuh tersungkur ada kalanya aku berdiri lebih tinggi dari siapa pun. Inilah manusia bukan sempurna, ada saja naik turunnya.
Selama 4 tahun ini juga aku mengenal teman-teman yang boleh aku katakan merekalah saudaraku, merekalah keluargaku. Walaupun tidak juga sempat berjuang di saat akhir ini bersama tapi kerana mereka jugalah aku mampu mencari ikhtiar hidupku di kota Kuala Lumpur. Tawa sedih riang dan riuh merekalah pengubat hatiku. Saban juga terfikir akan jika 10 atau 20 tahun lagi. aku akan terus merindui.
Selama 4 tahun ini juga aku telah memenuhi cita-citaku atau dalam kata lain impianku sebelum aku menamatkan kuliah ku di sini. Mungkin yang lain akan berkata aku ini bongkak atau menunjukk, tapi ini bukan itu maksudku. Aku cuma mahu berbicara sendiri bentakku. Ya Kejuaraan Manifestasi Puisi UM sudah dalam gengaman milikku bersama dengan pasukan Puisi cinta Seni ku sendiri. aku juga sebelum menamatkan kuliahku juga telah mencapai niatku dari tahun pertama ku untuk berlakon dalam "Mock Trial" ya itu juga sudah disempurnakan niatku. Malam "Law Nite" yang aku tidak pernah terfikir untuk pergi juga aku pergi pada tahun akhir pengajianku, bukan itu saja malahan Meja aku dan rakan-rakan ku mendapat cabutan nombor bertuah pada malam itu! hahahaha sungguh teruja sekali kami malam itu. terlalu banyak untuk ku menceritakan semuanya. (tersenyum)....
Brbalik kepada asal tujuan post ini kembali, esok adalah peperiksaan kertas terakhir kertas wajib (Prosedur Sivil) yang perlu aku lulus untuk mendapatkan LLB. aku sudah mencuba sedaya upaya untuk melunaskan cita-cita ku untuk menamatkan pengajianku dalam masa 4tahun. Ya sekali lagi aku sedar aku bukan lah pelajar yang terbaik atau terbilang atau seperti gelaran rakan-rakanku "Nama-nama Besar Fakulti" (terketawa sebentar). aku cuma pelajar biasa yang mahu mencapai impian kedua orang tua ku melihat anaknya yang sewaktu bersekolah dahulu pernah di samakan dengan Dajjal atau hantu kerana kenakalanya. (siapa tidak kenal akan diriku sewaktu persekolahan dahulu). Ya aku terlalu berharap dan cuba berusaha untuk menghabiskan pengajianku dan mengengam segulung ijazah LLB di hadapan orang tuaku, biarlah waktu itu mereka yang berbangga bukannya aku. Kerana aku terlalu banyak menyakitkan hati keduanya kerana kenakalanku. Jadi biarlah kali ini Ya ALLAH izinkan lah aku memberi kebanggaan kepada kedua orang tuaku agar mereka tersenyum akan anugerah dariMu ini Ya Allah. BErkatilah aku dalam peperiksaan finalku ini Ya Allah. Perkenankanlah doa muslimin dan muslimat demi kejayaan orang-orang Muslimin ini ya Allah.... kerana aku mengira-gira detik yang semakin jauh dari 4 tahun yang lalu.....:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan