Jumaat, 26 Jun 2009

Di Saat Ini

Sebelum hari-hari lepas
Malam tidak berganti siang
Waktu tidak tergerak
Diri sentiasa riang
Melayani desiran fikiran suram
Tanpa apa-apa

Seketika lautan berhempas-hempas
Langit kian kebiruan
Angin mengalir sepi
Di temani lalang-lalang lemah
Semakin berlagu ia

Sementara hari terang
Burung berkicauan
Matahari bersinar pudar
Redup hati terasakan
Lagi kalau berteman

Sepastinya kabur pandangan
Kabus-kabus
Membutakan tanpa cahaya
Embun-embun
Mengigilkan hari muka

Selepas ini
Tiada siapa yang kenal
Siapa penulis puisi
Siapa dia
Balik kamar hitam
Ia bersendirian

Saat ini
Biarlah seluruh pujangga malam
Berkelip-kelip
Mencanting-canting
Ukiran puisi
Di atas dinding kealpaan…


apiz-rage-
26/06/09
Likas, Kota Kinabalu

4 ulasan:

Haslinda Hazman berkata...

saya rindu puisi awak!
saya rindu awak :(

Mohd Al-Hafidz Mohd Lokman berkata...

hehehe..
kte pon bha rindu syg....

kristal merah berkata...

aku pun mau rindu jugak la geng...hahha...

Mohd Al-Hafidz Mohd Lokman berkata...

hahahaha...
bole bha geng..hahahaha