Rabu, 29 April 2009

Terbang


Sampai bila lagi semuanya

Harusku hadapi

Dengan tenang atau lagi celaru

Menanti esok pasti

Buntu otak berimaginasi


Sampai pagi nanti

Harusku berjaga dari tidur

Membayar hutang pagi tadi

Lena terlelap seakan berfantasi


Sampai petang nanti akanku hadapi

Abjad-abjad kecil

Makin dirapati

Atau meratapi

Ruangan kosong kecil itu


Sampai dua mei lagi

Fikiran satu untuk menghadapi

Berperang psikologi

Otak-otak perah sedalam mungkin

Ruangan penuh teori-teori


Sampai habis nanti

Aku harap aku terus berimaginasi

Mungkin berfantasi

Atau terus-terus saja

Terbangkan fikiran kusutku ini

apiz-rage-

29/04/09

(e212/kk3/um)

Rabu, 22 April 2009

Karya Agung Bukan Milikku


Sehingga kini aku masih mencari

Mencedok, menggali, jua mengeladah

Satu persatu aku teliti

Menelah semuanya

Tapi sendiri aku tidak temui


Berkali-kali sudah dicuba ini itu

Mencari yang terbaik

Untuk ungkapan-ungkapan indah

Bagi meraih perasaan tekun

Tapi semuanya tiada


Sampai bila lagi

Terus berusaha menulis atau menaip mungkin berfikir

Satu persatu ayat ku susun

Dua tiga kali dirobek

Namun tetap sama


Jiwaku sudah terbang ke awan

Hatiku juga berbunga di tepian pasir panas

Fikiranku maunya saja hilang di lautan

Rasionalku merenggek di jalanan

Habis saja semua kata-kataku


Mungkin saja perlu aku berguru dengan buku

Atau lebih afdal mencuri ilmu buku

Biasa pasti aku membaca buku

Tapi

Mampukah aku hebat seperti buku?


Sampai hari ini aku berfikir

Karya agung bukan milikku

Belum sampai diriku sepanas matahari

Membakar tiap isi bumi

Aku tau

Aku tau

Karya agung itu belum lagi milikku...

Apiz-rage-

22/04/09

(e212/kk3/um)

Sabtu, 4 April 2009

Fes. Seni 2009 (Jerkah Setinggan 72)



Jajarkan ke Tengah
Puisidra Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya
Festival Seni 2009


Barisan Pemuisi dan pelakon:

Aku
Saadah
Firdaus
Aina
Cik Kam
SyafiQ
Azizam
Ira
Seha
Azura

Barisan Teknikal:

Muaz
Aman
Jiboy
Azlan


Karya:

~A. Samad Said~