Selasa, 10 Mac 2009

Aku


Seindah merdu angin bertiup

Di malam-malam

Duduk juga sendirian

Melihat-lihat

Apa-apa saja


Segelap awan hitam

Menyelubungi langit

Boleh juga kelihatan

Sinaran bulan suram


Siapa bilang aku sama

Siapa tahu siapa aku

Siapa lebih kenal diriku

Yang pastinya bukan kamu


Berbicara terus

Kata-kata

Cerita tentang aku

Tapi satu pun tak tahu


Suka hati aku

Buat ini buat itu

Siapa kamu?

Kamu bukan aku!


Bila aku

Berjalan ke lorong suram

Kenapa mata mau tengok

Suka hati saja kamu


Asal malam

Putih bajuku

Tengok mata juga

Ah kenapa kamu!


Sudahlah

Biarkan aku

Aku bukan kamu

Aku lain!

Jadi Pergi kamu dari tamanku!

Aku adalah aku

Tiada siapa sama denganku…

apiz-rage-

10/03/09

(e212/kk3/um)

4 ulasan:

kristal merah berkata...

"Aku dan Kamu"

Aku dan kamu,
Sememangnya berbeza zahir dan batin...,

Itu bukan penghalang untuk kita mara ke hadapan,
Bersatu kita padu,
Sendiri longlailah langkah,

Aku dan kamu,
Memang berbeza tingkah dan peranan,
Misi kita juga mungkin tak sama,

Itu bukan aset untuk tidak sama mengenali,
Hakikatnya aku perlu kamu,
Kamu perlu aku,
Mungkin ada misi kita yang sama,
Siapa tahu?

Jangan alpa wahai saudara,
Sebenarnya fitrah dan fikrah kita sama,
Kita dari keturunan yang sama,
Tak kira apa jua warna kulitmu,
Kita adalah keturunan Adam dan Hawa,
Aku dan kamu,

Aku dan kamu,
Jangan ada wujud perbezaan,
Juga jangan ada sengketa,

Aku dan kamu....

Haslinda Hazman berkata...

alaa nape sume berpuisi ni..
nak jugak..
aku sayang kamu..
hihi.. :p

si rakan pena . V2 berkata...

eheh! tak reti nak puisi.
tapi semua best. :)

Mohd Al-Hafidz Mohd Lokman berkata...

tema kaseh...
kalo ada keinginan
semua pon boleh jadi..
hehehehehe