Rabu, 18 Mac 2009

Mulut Orang

Mari ramai-ramai

Dengar cerita katun

Gosip-gosip, mau semua hangat-hangat

Tiada apa yang tertinggal

Sumpah!


(duduk mencangkung)


Ada bilang anak orang

Bisa saja jadi cerita

Mau tau apa buatnya

Erm…Tau-tau sajalah


Kau tau dia

Ish!

Macam ini ceritanya

Panjang lebar

Tak tau malu


(senyum-senyum)


Sial!

Angkara siapa cerita dusta

Tak sayang mulut umpama neraka!

Jahanam

Mulut-mulut manusia!


“Tak sayang mulut”

Manusia memang

Lincah lidah berkata-kata

Berlipat kain sarung

Wah! sedapnya cerita


Mulut orang

Tak tau tu makan kawan?

Kurang ajar!

Gazzate mulut dia!


Bila agaknya manusia

Mau berenti bercerita

Hey! Kawan

Kau tau ceritakah?


Lelaki atau wanita

Sama saja tiada beza

Mulut-mulut

Bagus-bagus semuanya

Simen baru diam!


Habis kawan jadi lawan

Manusia-manusia

Bilalah tamat?

Mati baru diam???

apiz-rage-

18/03/09

(e212/kke/um)

Selasa, 17 Mac 2009

Desiran Kenangan Di Melaka


Kenangan…

Kenangan itu indah

Lambaian mesra daun-daun segar

Mengingatkan aku sebuah kenangan


Desiran ombak mengapit kerinduan

Pohon-pohon hijau terus mekar

Melitupi luas kawasan.


Lampu-lampu neon berwarna di tepian jalan

Menghiasi detik-detik malam kesuraman

Bunyi-bunyian serangga

Mengalunkan lirik yang tersusun mesra

Mengalukan kedatangan…


Gerbang indah dikawal menara bangsa

Mencorakkan keteguhan

Kemuafakatan

Serta kesepaduan rakyat Malaysia.


Cebisan-cebisan kota peninggalan penjajah

Mengukir budaya-budaya lampau

Singgah menetap sementara

Kesan tinggal selamanya.


Kawasan itu dipenuhi sejarah

Dari timur ke barat

Dari utara ke selatan

Warisan sepanjang zaman.


Hang Tuah pahlawan Melayu

Memalit kegemilangan Melaka

Tinggalan jasa

Tinggalan perigi

Tinggalan makam

Merceritakan segalanya.


Di tepian Pantai Puteri

Sisipan angin melepasi pohon-pohon rendang

Meyebarkan kenyamanan

Melegakan kesegaran bila berhadapan selat Melaka.


Sungai Melaka dahulunya gemilang

Namun sekarang ia lesu

Lesu mengalir tanpa suara

Hampir pasti dilupai anak-anak muda

Namun…..

Namun ia tetap menyimpan cerita.


Desiran kenangan di Melaka

Dibukukan di hati

Mengingatkan kepersonaanya

Di Melaka…

Bandaraya Melaka Bandar Bersejarah.

apiz-rage-

08/09/06

(e319/kk3/um)

Road Trip to Melaka


~gambar keluarga~















~lompat~

~kami dalam bekas~










~Abrar~

~Kak Nurul a.k.a mama~

~Irfan~

~Aku~

~Farid~



~Tempat kejadian MU kalah 4-1 ngan Liverpool~
~hahahahahaha~

Selasa, 10 Mac 2009

Aku


Seindah merdu angin bertiup

Di malam-malam

Duduk juga sendirian

Melihat-lihat

Apa-apa saja


Segelap awan hitam

Menyelubungi langit

Boleh juga kelihatan

Sinaran bulan suram


Siapa bilang aku sama

Siapa tahu siapa aku

Siapa lebih kenal diriku

Yang pastinya bukan kamu


Berbicara terus

Kata-kata

Cerita tentang aku

Tapi satu pun tak tahu


Suka hati aku

Buat ini buat itu

Siapa kamu?

Kamu bukan aku!


Bila aku

Berjalan ke lorong suram

Kenapa mata mau tengok

Suka hati saja kamu


Asal malam

Putih bajuku

Tengok mata juga

Ah kenapa kamu!


Sudahlah

Biarkan aku

Aku bukan kamu

Aku lain!

Jadi Pergi kamu dari tamanku!

Aku adalah aku

Tiada siapa sama denganku…

apiz-rage-

10/03/09

(e212/kk3/um)

Isnin, 2 Mac 2009

Nota Buat Ayahanda (M.A.K 2009)



















Ihsan Daripada: Haslinda Hazman (jurugambar Sambilan) hehehehe~~