Aku merenung ke langit hitam
Dalam kegelapan malam aku mendongak
Gelap serta pudar pandanganku
Aku cuba mencari cahaya di balik awan malam
Selak apa saja yang mampu inginku
Tapi seperti tiada apa yang berlaku
Cahaya bulan pudar saja
Melangkah anak mata kesemua sudut
Tercari barangkali cahaya dalam kegelapan
Agak-agak menunggu terdada luas langit malap
Aku mahukan bintang bercahaya sekali tanpa bulan
Bulan hilang
Bintang menjelma seketika
Itu mahuku
Bila ia jatuh terus ke riba
Akanku peluk seerat mungkin
Biar berpuluh menghampiriku, menghempapku, menundukkanku
Tidak sesaat aku lepaskan ia
Iyakan saja kalau terus bersamanya
Bila kapal terbang berlalu
Aku akan berpura-pura
Kerana apa mahuku tidak sempurna
Bila bintang jatuh
Aku akan terus mendongak
Mahu tanpa cahaya bulan
Apiz-rage-
26/04/11
(A111/kk12/um)