Selasa, 21 Disember 2010

Aku Cinta Kasut!

~Aku pencinta Kasut~

Setiap Manusia Mempunyai Pelbagai Kesukaan
Aku juga seperti yang lain
Ada kisah duka cinta serta kesukaan
Bagiku kasut-kasut milikku lebih enak daripada apa saja didepanku
Bukan ia untuk dikunyah
Bukan ia untuk dijaja
Ia semata kegemaran menjadi hobi sepanjang hidupku :)

Koleksi Sebahagian daripada Kasut-kasut AKU





Nike Air Force 1982 (High)

Nike Air Force 1982 (Low)

Nike Air Force 1982 (Low) "My 1st Nike Air Force Shoe"

Nike Mecurial (Soccer Boot)


Nike Mercurial (Futsal Boot)


Nike Mercurial (Futsal Boot)

Nike Five "T5" Pink Panther Edition (Futsal Boot)

Nike Dunk Low CL (Black and Red Blood)

Nike Dunk Low CL (Brown and Pink)

Nike Classic 72 Sweet Leather (White)

Nike Classic 72 Sweet Canvas (Cream)

Nike SB Low 2008 Edition (Black)

Nike Presto 4th Edition 2007 (Black)

Reebok Pump Court Victory 2 (1990)

Reebok Pump Court Victory 2 (1990)

Reebok Pump Dual Running (1990)

Reebok Pump Court Victory 2 Tennis (1989)

Reebok Hi Basquet Limited Graffiti Edition

Reebok ERS 2000 Neon Limited

Reebok Set Royal Tennis Classic

Khamis, 2 Disember 2010

Deretan Malam Cahaya Merah Kota Brickfields



Brickfields deretan kota-kota Kuala Lumpur
Kota yang sama seperti lainnya
Tanpa disedari
Kupu-kupu malam sentiasa mengelilinginya

Lorong kedai belakang tidak pernah tidur
Berpusu-pusu lelaki dahaga berlegar
Ada yang menjadi tegar
Ada juga yang suka berlegar saja

Inginya menjejak kaki ke bangunan kecil
Deretan malam cahaya lampu merah
Ya! itu Kota Brickfields
Amsterdam Malaysia sama sepertinya
Kupu-kupu malam penghuni setia

Satu langkah mendaki
Satu alam baru di kaji
Ada tua ada muda
Ada duit boleh rasa

Bila di cerita
Mereka yang tahu akan berkata
“Itu lelaki dahaga, mungkin juga durjana”
Mereka yang kurang menelopori sejarah pula berkata
“Kota Brickfields ada KL Sentral sahaja”

Lampu cahaya merah
Kupu-kupu malam didalamnya
Satu langkah ke dalam
Satu dosa kamu terima
Kota Brickfields untuk lelaki dahaga!

Ya! siapa sangka!
Bukan semua tahu ada apa dalamnya!



apiz-rage-
02.11.10
(A111/kk12/um)

Selasa, 30 November 2010

Terpekik Si Gadis Sunti




Sebaris akal di terima muka
Di lilit rimbunan akar halus kecil
Tersipu dek alunan bayu menghembus bibir
Terkedu si gadis berbadan kecil

Seakan seperti alahan menjalar bibit-bibit
Tiap bait ditocang rapi
Semerdu mungkin bait di tiup sepi
Tanpa meninggalkan bunyi yang tidak tabii

Suara Si gadis sunti
Terpekik hampir tercekik
Menceritakan tiap baris akal logika
Tanpa berkira-kira mula bodohnya
Bait diri
Akal kurang tinggi
Bodoh mencakar langit
Itulah dia si Gadis sunti…

Lalu dia tersenyum
Diam, kaku seperti tidak bernyawa
Tapi rimbunan akar halus tetap dibaja
Tiada pekikan
Tiada lolongan
Perlukah kau berteriak gadis sunti?
Kerana tiada siapa akan mendengari
Atau lebih baik kau mati…
Kerana kata itu lebih cepat membunuh dari pisau yang aku miliki


apiz-rage-
30/11/10
(A111/kk12/um)

Isnin, 18 Oktober 2010

Selamat Tidur Kekasih




Sebelum mata ini terlelap
Hati ini ingin menulis
Selepas mata ini terlena
Biarlah puisi ini menangisi

Sebelum mata ini terlelap
Biarlah telinga ini mendengar lagu sedih
Selepas mata ini terlena
Jiwa ini kembali bersih

Sebelum mata ini terlelap
Tangan ini akan terus menaip
Selepas mata ini terlena
Biarlah segala kacau terlepas dari hati

Sebelum mata ini terlelap
Biarlah diri ini bersedih
Selepas mata ini terlena
Akan ku ucapkan selamat tidur kekasih hati


apiz-rage-
(e212/kk3/um)
19.10.09

Sumpahku




Di sebalik warna merah dan putih
Yang menyarungi tubuh badanku
Mengalir darah merah yang deras
Di sebalik kecil urat-uratku

Walau apa pun manusia lain berkata
Itu adalah aku
Takkan berubah sezarah dalam darahku
ARSENAL tetap pendirianku

Biar putih mata aku menangisi
Tiap inci dunia
Walau aku tau perjalanan masih jauh
Tapi aku pasti semuanya pasti berubah

Sejak kecil lingkaranku
Berpandu menggunakan meriam buluh
Aku tau siapa aku
Aku adalah aku
ARSENAL hidup matiku

Ini sumpahku!
Walau apa yang berlaku
Tiap perubahan melepasi waktu
Aku akan seperti dulu
ARSENAL tiap detik hidupku!!!

apzi-rage-
21/08/09
(e212/kk3/um)