Isnin, 10 November 2008

Surat Untuk Tuhan


Surat Untuk Tuhan

Tadi
Aku terdengar sebuah cerita
Berkaitan surat kepada Tuhan
Seorang perempuan
Dengan utusan suratnya

Menggelabah tubuhku yang kaku
Keinginanya mengutus surat kepada Tuhan
Isinya
Seolah-olah memerli
Berkata-kata tajam
Sanggupnya dia

Soal kesedihan hidup
Keluarganya
Terumbang-ambing
Kecewanya
Meninggi setinggi tujuh lapisan awan
Sampai bisa saja dia mempersoalkan
Erti yang Maha Esa

Kadang aku terkelu
Mendengar manusia berani bodoh
Baginya
Doa tiada makna
Agamanya lagikan tidak bererti

Habis kikis pegangannya
Habis rosak pemikiranya
Habis hilang pedomannya
Oleh lagi kepecahan rumah tangga kedua orang tuanya

Tuhan
Dia tidak percaya lagi dengan hikmahnya doa
Baginya
Surat yang dicoret lagi berkesan

Tuhan
Kau tunjukkanlah padanya
Kau terangilah hati kecilnya
Kau kembalikanlah pegangannya



Perampuan
Surat kepada Tuhan
Bukan mudah seperti kau sangkakan
Bukan Senang seperti yang kau fikirkan

Surat untuk Tuhan
Aku takut manusia ini
Aku takut jadi seperti perempuan itu
Aku takut tewas dengan duniawi

Langsung aku persembahkan
Doaku
Sebagai ganti
Surat perempuan kepada Tuhan
Ampunkanlah dirinya…

apiz-rage-
10.11.08
e212/kk3/um

Kalaulah Dinding Ini Mampu Berbicara

Dinding-dinding ini kaku
Terbina keras, mampat dan padat
Akar-akarnya disimen konkrit
Keras membatu tanpa kata-kata

Manusia bermulut lembut
Mampu berkata-kata
Tidak keras membatu
Boleh juga
Tapi Cuma bila perlu
Itu pun
Kalau-kalau semacam dungu!

Kalaulah…
Diding ini mampu berbicara seperti manusia
Sudah tentu ramai yang terpenjara
Kerana perangai binatang mereka
Tapi itu pun KALAU mampu
Dinding-dinding itu berbicara

Kerananya
Dinding keras membatu ini
Seperti itu!
Disisi, dibelakang kamu!
Boleh saja ia menjadi saksi
Saksi kebuasan manusia
Kebodohbangangnnya manusia sesama manusia!

Dinding
Dimana saja
Jadi saksi, penglihat dosa manusia
Bunuh, rogol, rompak, ragut, tipu, rasuah
Semuanya dosa
Dosa manusia
Saksinya dinding

Kalaulah dinding ini mampu berbicara
Pastinya manusia kaku
Kerana
Dinding berbicara
Maknanya kiamat akan tiba…
Allahuakbar…


apiz-rage-
10.11.08
e212/kk3/um

Sabtu, 8 November 2008

Bayang-bayang Perempuan 1 dan 2


Bayang-bayang Perempuan 1

Di kepala ini terlitup segalanya
Pemikiran tentang perempuan
Menambahpelikkan keadaan
Apa lagi dengan bayang-bayangnya
Habis kikis pemikiran kita

Sebabnya seorang perempuan
Di ingini sampai tak bisa
Diri ini berkata
Kikisnya bahasa
Kelu tak terkata

Sampai bila pun
Bayang-bayang perempuan putih
Tidakkan tertawan
Walau tiap inci aturan langkah
Bila-bila pun hingga horison jatuh
Takkan tertawan

Namanya dilontar ke gunung
Nadinya tergantung di pohonan
Nafasnya semakin hilang
Oleh bayang-bayang seorang perempuan

Di kaki langit
Sinaran matahari petang
Perempuan-perempuan
Dan
Bayang-bayang
Takkan hilang

Inotasi suara
Semakin pudar
Putus asa
Mengapai bayang-bayang
Lagi-lagi perempuan
Bagaikan kenangan saja…


apiz-rage-
06.11.08
(e212/kk3/um)


Bayang-bayang Perempuan 2


Bayang-bayang seorang perempuan
Tidak!
Bayang-bayang seorang perempuan
Tidak mungkin!
Bayang-bayang seorang perempuan
Mugkin tidak!

Bayang-bayang seorang perempuan?
Kenapa perlu?
Dibinggungkan kepala?
Kerana bayang-bayang seorang perempuan!
Bingit!
Sakit!

Bayang
Bayang
Bayang
Seorang perempuan…
Perlu sakit?
Perlu bingit?

Walhalnya kerana seorang perempuan
Nyahabiskan semuanya
Pemikiran kita!
Mahu kamu jatuh kerana perempuan?
Bisa-bisa saja lebur
Lagi-lagi hatinya!

Bayang-bayang seorang perempuan…
Gila kamu kerananya
Bayang-bayang seorang perempuan
Nyahterbalikkan dunia!
Bayang-bayang seorang perempuan…
Apa lagi yang tak bisa penglihatan?
Tapi
Itu kan bayang-bayang seorang perempuan
Itu gila namanya!

Berputar-putar dunia
Kerana
Bayang-bayang seorang perempuan
Mahu kamu berdiri di balik bayang-bayang itu?
Lagi-laginya bayang perempuan
Gila kamu kerananya
Bayang-bayang seorang perempuan…
Sudahlah!
Bayang-bayang seorang perempuan..
WAH!!!
Cukuplah…
Bayang-bayang seorang perempuan…
Memang kamu sudah gila kerananya!!!
Biarkanlah saja….

apiz-rage-
07/11/08
(e212/kk3/um)

Khamis, 6 November 2008

Bukan Budaya Kita.


Bukan budaya kita
Berdiri di atas jalan berteriakan
Bergema suara nyaring bagai meniup gempita
Riuh rendah hilai suara sumbang
Herdiknya akal kian tumbang
Yang cerdik nilainya hilang
Yang bodoh semakin berkurap cerah seperti bintang

Berarak panjang di atas jalan
Menjadi boneka kuasa hasutan
Anak kecil tidak lari dibodohkan
Semakin berani menjadi syaitan

Hebatnya manusia ciptaan tuhan
Tapi sayang senang dipergunakan
Akal hilang
Maruah tergadai
Kononnya perwira elakan penindasan
Tapi sebenarnya pemusnah keadaan

Kau mahukan keadilan
Mahukan kesempurnaan
Perlukan kesetiaan
Bila aman
Kau pula merosakkan!

Inikan tanah tumpah darah kita
Tempat benih ditanam cinta
Negara kita
Sanggup kau lakukan laknat kepadanya
Kau bukan seorang pencinta!

Demokrasi tidak bererti demonstrasi
Itu hanya meranapkan ekonomi
Musnahkan diri
Mencacatkan generasi
Ia tidak laku di sini!

Demonstrasi bermodalkan demokrasi
Menyiat-nyiatkan seluruh isi dalam negeri
Yang tidak hitam kau hitamkan
Seperti tidak mengenal erti sebenar cinta
Angkuh berkata angin itu benar belaka
Berani berarak dengan kerbau tak berkepala
Ini bukan budaya kita rakyat Malaysia!..

apiz-rage-
19.12.07
Kota Kinabalu

Ini Sahaja Amanatku


Berlalu masa sekian lamanya
Cerita indah dikabarkan sentiasa
Bagi yang masam ditelan pahit
Bagi yang Manis tentunya Manis
Janganlah berani merasa yang pahit
Nanti diri sendiri yang terjahit
Terasalah sakit!

Walau diherdik lapuk
Dipungut dari penjajah
Tapi ia sentiasa berguna kepada kita
Begitu juga negara tercinta

Amanat itu kecil sekecil semut merah
Tersalah langkah memijak bintang yang tajam
Yang lapuk itu akan berpanjangan
Demi Keamanan yang takkan terhalang

Bukannya dalang datang mendulang
Tapi dalang akan terus terhalang
Tanpa perbicaraan
Tanpa penceritaaan
Itulah amanat penahanan

Biarkan ia dikatakan kejam
Mengekang kebebasan seseorang
Dari mereka menghacurkan negara hingga terkangkang
Lebih baik bertindak dari bersengkang

Lalang semakin panjang jangan pula mata dipejam
Sayang jikalau negara gemilang terbang melayang
Anak kecil biar akalnya disimpan
Yang cerdik gunalah akal
Jangan suka mengherdik memanjang
Semakin hilang ertinya kontang
Ini Sahaja Amanatku
I.S.A jangan dibuang.......


Apiz-rage-
19.12.07
Kota Kinabalu