Rabu, 9 Disember 2009

Sehelai Nota Buat Haslinda


Tangan ini sedia untuk mengukir
Kata-kata sehalus butiran pasir putih
Untuk mengungkapkan rasa cinta kepadamu
Melakarkan seluruh perasaan hatiku

Mungkin jika tangan ini mula melakar
Sampai habis coretan ini terus menconteng
Sedetik itulah tiap-tiap isi hati terungkai
Mendesirkan bayu cintaku

Jika semalaman aku duduk berfikir
Menentukan tiap bait-bait kasih
Sejujur hati
Segalanya hanya untuk kamu

Seakan aku cuba melakar namamu di atas awan
Tidak kira siang atau malam
Mau ku: biar angin kuat menghembus
Tidak akan hilang setitik ink-ink tulisan namamu di awanan itu

Seperti dibutiran pasir dipantai
Ku cuba bina istana pasir yang gagah
Tidak hancur dihempas badai
Walau ombak merobek pantai

Kekasihku
Tidak lagi aku tau apa tulisku
Tapi apa yang aku cuba dan akan tau
Biar denai gelap itu aku redahi
Akan ku cuba menghampiri
Walau perit yang didatangi
Akan aku tetap melindungi

Haslinda kasihku
Apa yang ku mau kini ku miliki
Dirimu:juga jiwaku
Biarlah nota ini yang mewakili apa maksudku


apiz-rage-
09.12.09
Likas, Kota Kinabalu

1 Kritikan:

Haslinda Hazman berkata...

syg.. i love u too..
thanks baby.. suke sangat..
jom kawen!!
HEHEHe muahhhhhhhhhhhhh!!!!!!!